Kes Bella: Siti Bainun kena 12 tahun penjara.

KUALA LUMPUR 3 Mei : Mahkamah Sesyen hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Hakim, Izralizam Sanusi, membaca keputusan itu sebentar tadi selepas mendapati Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja sindrom Down dikenali Bella.

Beliau mengarahkan kedua-dua hukuman penjara itu dijalankan serentak bermula hari ini, susulan Siti Bainun dikenakan penjara 10 tahun dan 12 tahun masing-masing atas kesalahan mengabai serta menganiaya remaja sindrom down itu.

Siti Bainun didapati bersalah mengabai dan menganiaya Bella hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Difahamkan ketika berita ini ditulis, pihak pembelaan sedang memohon supaya hukuman ditangguhkan kerana ingin mengemukakan rayuan – Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.