Negeri Sembilan bakal tentukan nyawa kerajaan perpaduan?

Surat Pembaca

Oleh : Nami Cob Nobbler

Ramai sebenarnya yang tak tahu, sebenarnya Negeri Sembilan merupakan persekutuan yang tertua di dunia. Kalau kau Google, dia akan tulis Amerika Syarikat yang ditubuhkan tahun 1776. Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1773 – 3 tahun lebih awal daripada Amerika Syarikat.

PRN 6 negeri ini dikatakan bakal menentukan nasib untung rugi tenggelam timbulnya kerajaan so-called perpaduan @ Madani ini.

Mengikut jangkaan, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan dikuasai oleh PN yang ditunjangi PAS dan PPBM serta berganding dengan Gerakan, sementara Pulau Pinang akan kekal Pakatan Harapan walaupun kawasan Melayu akan dimenangi oleh PN.

Selangor pula boleh dikatakan cenderung ke arah PH walaupun dikatakan bakal ada upset di kawasan majoriti Melayu, which pada fokus sekarang ialah di Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan ni secara tradisinya adalah negeri yang menjadi kubu kuat BN, tapi pada tahun 2018, Negeri Sembilan jatuh ke tangan PH, dan dipimpin oleh Menteri Besar Aminuddin Harun.

Pun begitu negeri-negeri selatan yang jatuh ke tangan PH pada tahun 2018 telah kembali ke BN. Melaka pada tahun 2021 sementara Johor pada tahun 2022 dengan majoriti 2/3.

Pun begitu, PRU15 menyaksikan kemerosotan teruk pada BN walaupun Negeri Sembilan parlimennya masih in tact BN, kecuali Seremban, PD dan Rasah yang menyokong PH.

Pada PRU14 yang lepas, PH menang 20 kerusi sementara BN menang 16 kerusi. Apabila pasca PRU15, BN dan PH membentuk kerajaan gabungan, secara teknikalnya Negeri Sembilan tidak ada pembangkang dalam kerajaan perpaduan ini.

Daripada 20 PH, 11 dimenangi oleh DAP, 6 PKR dan 3 Amanah. Dalam 16 BN, 15 oleh UMNO sementara 1 MIC.

Tetapi sekarang yang dikatakan ‘gelombang hijau’ sedang melanda orang Melayu. Penyokong PH dan penyokong BN di peringkat akar umbi masih lagi tidak sebulu walaupun di peringkat atasan sudah membentuk kerajaan.

Gelombang hijau ini dikatakan sedang giat berpropaganda di TikTok dan di Twitter juga nampak lebih aktif walaupun Twitter masih lagi lubuk PH.

Pada aku, kalau PN menang tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, yang tu biasa. Kalau menang di Selangor walaupun kejutan, tapi tidaklah berapa dilihat mudah untuk menang memandangkan ramai golongan totok PH di Selangor ni akan kekal tegar.

Tapi Negeri Sembilan adalah negeri bellweather. Ke mana Negeri Sembilan swing, ke situlah juga kerajaan perpaduan ni sebab kunci kepada kerajaan ini adalah terletak kepada UMNO.

Walaupun kalau BN keluar dari kerajaan perpaduan, kerajaan ini masih ada 118 kerusi – masih tubuh kerajaan, tetapi kerajaan itu tidak kukuh.

Isu melepaskan Bossku juga bakal jadi isu. Dan jika tidak dilepaskan, kemungkinan pengikut Najib akan boikot PRN ini. Jika melepaskan Najib pula, penyokong PH pula yang boikot. Bayangkan mereka boikot mengundi, PH akan kehilangan sokongan core voters mereka.

Apapun, Negeri Sembilan akan menentukan nasib negara ini.


Artikel di atas adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM- Editor.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version