Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Bila TTKM ditubuhkan?

TTKM ditubuhkan hasil kolaborasi idea beberapa anak muda bukan partisan sejurus peristiwa Langkah Kajang, Langkah Politik paling mengarut dalam sejarah politik Malaysia sekitar tahun 2014. Pada mulanya kami bergerak menggunakan facebook page Tentera Troll Kebangsaan Malaysia yang setakat ini mempunyai 329,386 likers dan 353,573  followers.

 

Selepas PRU 14, kami mula mengembangkan pengaruh dengan bertapak di laman web http://www.ttkm.com.my kerana melihat media alternatif dan arus perdana mula menjadi pembodek dan bukan sebagai medium check and balance.

Kenapa buat page ini? 

Pada dasarnya TTKM bergerak di facebook page dan ia bertujuan mematikan mainan persepsi yang melibatkan politik, agama dan perkauman bagi meraih undi yang dibuat oleh politikus (kami sebut mereka sebagai ‘politaikus’ – kami tambah ‘taik’ sebab mereka seperti itu) berserta page propaganda mereka.

TTKM memperbodohkan ‘politaikus’, bersantai, bergelak ketawa di samping memberi input dan pendedahan kepada masyarakat tentang hipokrasi parti-parti ‘politaik’ dan ‘politaikus’.

Kami juga bertujuan supaya ‘politaikus’ takut ‘ditroll’ dan mereka perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bodoh terhadap rakyat.

Selepas PRU 14, kami melihat keperluan untuk mengimbangi laporan berat sebelah, pembodekan dan propaganda berlebihan kepada pihak kerajaan. Oleh kerana itu kami melebarkan pengaruh kepada laman web.

Dari mana dapat idea buat TTKM?

Kami mendapat idea berdasarkan isu-isu politik dan isu-isu semasa yang sedang trending, atau mendapat input dari likers. Idea itu kemudian akan dibincang bersama admin yang lain untuk penambahbaikan dari aspek jenaka, mesej dan sarcasm.

Siapa yang gerakkannya? 

Digerakkan oleh beberapa anak muda profesional pelbagai kaum dari pelbagai latar belakang politik.

Bagaimana hendak menghubungi TTKM?

Anda boleh menghubungi kami melalui email di tenteratrollkebangsaan@gmail.com

14715691_1859038727659747_8949990143201313396_o

RSS
Follow by Email
Facebook
Twitter
%d bloggers like this: