Kenyataan akhbar

“Tun, kamu tuduh kerajaan China berpakat dengan BN untuk rasuah ke?” – Najib Razak.

By Buletin TTKM

August 19, 2018

Oleh Najib Razak:

Hari ini di China, nada Tun Mahathir bagai berucap di ceramah politik di hadapan ahli perniagaan China dengan menuduh bahawa BN memaksa syarikat China untuk memberi 30 peratus saham syarikat mereka kepada orang tertentu.

Dua projek infrastruktur yang dilaksanakan di bawah kerajaan BN lalu ialah projeck ECRL dianugerahkan kepada syarikat CCCC Ltd dan projek saluran paip petroliam kepada syarikat kepada syarikat China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB).

Syarikat CCCC Ltd ialah sebuah syarikat disenarai awam yang dikuasai oleh kerajaan China dan adalah syarikat yang amat besar di peringkat global dengan nilai penjualan US$70 billion (RM280 bilion) setahun di seluruh dunia.