Kuota tambahan Haji hilang: Laporan Utusan fitnah, kata Mujahid.

Oleh : Mujahid Yusuf Rawa

Hari ini kita digemparkan satu berita tidak bertanggungjawab yang dilaporkan Utusan Malaysia bertarikh 4 Mei 2019 dengan tajuk “Umat Islam hilang kuota tambahan haji di bawah PH”.

Laporan berdasarkan kenyataan Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki itu menyebut kononnya umat Islam kehilangan kuota tambahan sebanyak 10,000 bagi menunaikan haji setiap tahun berikutan hubungan dingin antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan Arab Saudi.

Asyraf juga berkata, ketika kepimpinan Barisan Nasional, Arab Saudi tidak pernah gagal memberikan keistimewaan itu kepada Malaysia.

Kenyataan yang dibuat merupakan satu fitnah berniat jahat untuk menakutkan umat Islam dan ia tidak benar sama sekali. Ini kerana kuota haji yang diberi kepada Malaysia kekal sebanyak 30,200 orang.

Bagi kuota tambahan, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof telah pun menjelaskan bahawa pihak kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan kuota tambahan dan ia tertakluk kepada budi bicara pihak Arab Saudi untuk meluluskannya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/12/508663/kuota-haji-malaysia-kekal-30200-orang

Justeru, dakwaan yang dibuat Asyraf serta laporan Utusan Malaysia itu tidak tepat.

Selaku media yang telah berusia 79 tahun, Utusan Malaysia dinasihatkan merujuk terlebih dahulu fakta dan dakwaan yang dilemparkan kepada pihak berkuasa terutama Tabung Haji yang diberi kuasa menguruskan jamaah haji Malaysia kerana laporan yang tidak tepat ini memberi kesan kepada rakyat khususnya umat Islam berbanding mengambil “bulat-bulat” pihak luar yang tiada autoriti untuk bercakap mengenai isu ini.

Sehubungan itu, ingin ditegaskan bahawa kuota jamaah haji Malaysia kekal seperti biasa sebanyak 30,200 orang dan permohonan kuota tambahan sedang diusahakan pihak kerajaan dan Tabung Haji. Pihak Arab Saudi tidak mempunyai tarikh spesifik untuk memberikan jawapan berhubung permohonan kuota tambahan. Menurut rekod Tabung Haji, mereka pernah menerima jawapan berhubung kuota tambahan dari pihak Arab Saudi semasa bulan Ramadan, Syawal, Zulkaedah malah adakalanya jawapan diterima ketika bulan Zulhijjah.

Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam)
4 Mei 2019

#Rahmah
#RamadanTanpaPembaziran



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version