AMLA: “Kenapa Latheefa gadai integriti buang nama Mas Ermieyati?” soal Shahrir.

Oleh : Shahrir Samad

Saya naikkan laporan Sarawak Report 17 Ogos 2015 untuk tujuan mengingatkan pembaca bahawa dalam laporannya itu, saya telah dilaporkan menerima sebanyak RM1 juta dari DS Najib Abdul Razak selepas PRU13. Bersama dengan saya, dua lagi pemimpin UMNO telah juga dilaporkan turut menerima sumbangan dari DS Najib. Mereka adalah Datuk Ahmad Mazlan dan Mas Emieryati.

Tangkap layar laporan Sarawak Report

Apabila saya ditanya olih media negara berikutan penulisan Sarawak Report itu, saya tidak menafikan bahawa saya telah menerima sumbangan sejumlah itu. Saya turut menyatakan bahawa sumbangan itu adalah untuk program dan kegiatan politik saya selaku ahli parlimen Johor Bahru. Saya telah memohon sumbangan itu dari DS Najib selaku Presiden UMNO Malaysia.

Selaku ahli parlimen UMNO, saya tidak mempunyai sumber kewangan lain kerana saya tidak terlibat dalam sebarang perniagaan. Oleh itu, kepada siapa lagi yang saya bolih meminta bantuan kewangan selain dari presiden parti saya. Inilah penjelasan saya secara konsisten.

Saya tidak bolih bercakap bagi pihak Datuk Ahmad Mazlan atau Mas Ermieyati. Mereka tentunya ada penjelasan tersendiri.

Namun apa yang menimbulkan persoalan, apabila Lateefah Koyah mengumumkan pada Isnin lepas mengenai 81 entiti dan individu yang telah ditawarkan untuk mengkompaun kes didakwa dibawah AMLA, hanya saya dan Datuk Ahmad Mazlan yang termasuk dalam kumpulan 81 itu.

Secara ajaib, Mas Ermieyati telah tidak lagi disebut namanya. Pada Ogos 2015, nama kita bertiga disebut olih Sarawak Report. Pada 6hb Oktober, Lateefah Koyah gugurkan nama Mas Ermieyati. Tinggal sahajalah saya dan Ahmad Mazlan.

Umum mengetahui Mas Ermieyati yang pertama melompat keluar dari UMNO masuk PPBM. Tapi mengapa pula Lateefah Koyah gadaikan integriti nya untuk kecualikan seorang yang juga dilaporkan olih Sarawak Report telah menerima sumbangan politik dari DS Najib.

Sudahlah Mas Ermieyati tidak ada integriti politik kerana menjadi katak politik. Kini Lateefah juga sama2 mengadaikan integritinya dengan bertindak secara selektif terhadap kami yang tetap berpendirian politik kami bersama UMNO.

Dalam Malaysia Baru — Malaysia Bersih, yang berkuasa gunakan kuasa itu secara selektif terhadap mereka yang tetap dan teguh dalam prinsip politik.

Inilah harga maruah. Tetap terdedah kepada pendakwaan yang selektif olih mereka yang tidak ada integriti.


Artikel di atas adalah pandangan  peribadi penulis, dan  tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Mas Emiyarti merupakan ahli parlimen Masjid Tanah dan mengumumkan keluar dari parti UMNO pada 21 Julai 2018 dan menyertai PPBM pada Disember 2018– Editor. 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version