KENYATAAN MEDIA MUSA AMAN

July 30, 2020

KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN

  1. Saya merujuk kepada perkembangan politik yang terkini dan saya ingin menegaskan bahawa pada pagi ini, saya telah menyampaikan kepada Tuan Yang Terutama 33 surat-surat akuan berkanun yang mengesahkan bahawa ADUN-ADUN tersebut telah menarik balik sokongan mereka kepada YAB Datuk Seri Shafie Bin Haji Apdal dan melafazkan sokongan kepada saya agar saya dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.
  2. Adalah amat jelas bahawa dari segi undang-undang dan Perlembagaan Negeri Sabah, saya layak dilantik oleh Tuan Yang Terutama untuk menjadi Ketua Menteri Negeri Sabah kerana saya mempunyai sokongan majoriti.
  3. Tuan Yang Terutama mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan untuk memberi pertimbangan yang wajar sama ada saya mempunyai majoriti yang diperlukan untuk menubuhkan sesuatu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.
  4. Kami tidak terkejut dengan tindakan ini malah kami telahpun menjangkakan tindakan seperti ini mungkin berlaku.
  5. Seharusnya pertimbangan membuat keputusan seperti ini harus mengambil kira wabak Kovid 19 yang melanda negara kita sekarang dan juga negeri Sabah dan sama ada pembubaran dewan undangan negeri di dalam keadaan ini adalah satu langkah yang wajar.
  6. Kesihatan dan kepentingan rakyat mestilah sentiasa menjadi keutamaan didalam membuat sebarang keputusan. Jangan sekali- kali kita perjudikan nyawa rakyat kita semata-mata untuk kepentingan peribadi dan politik.
  7. Saya ingin menyatakan keikhlasan saya untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi Negeri Sabah.
  8. Saya mengulangi sekali lagi dan menegaskan bahawa saya mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Undangan egeri Sabah dan saya berharap bahawa satu keputusan akan diambil secara bijak dan wajar oleh Tuan Yang Terutama untuk melantik saya sebagai Ketua Menteri baru dan memberi peluang untuk menubuhkan satu kerajaan baru bagi rakyat Negeri Sabah.
  9. Tetapi, sekiranya benar Dewan Undangan Negeri telahpun dibubarkan, saya dengan sucihati mengatakan bahawa kami akan melawan pilihanraya yang akan datang untuk memberi rakyat Negeri Sabah satu kerajaan baru yang stabil dan memperjuangkan kepentingan kesemua rakyat Negeri ini.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version