Bertahun royalti saya tidak dibayar penerbit, dakwa penulis buku.

Gambar hiasan.

Kuala Lumpur, 9 Sept: Satu syarikat penerbitan buku didakwa tidak membayar royalti kepada penulis sejak beberapa tahun yang lalu.

Seorang penulis yang hanya mahu dikenali sebagai Encik V dihubungi Buletin TTKM berkata beberapa buku beliau diterbitkan syarikat terbabit sejak 2016 sehingga kini tidak mendapat pembayaran royalti.

“Team saya ada mengambil buku-buku dari terbitan mereka kerana tak membayar royalti tersebut yang tak tahu berapa. Jadi kami ambil tanpa ada membuat bayaran kepada pihak mereka sekitar tahun lepas 2019. Walau sehingga sekarang tiada siapa tampil menjelaskan penyata cetakan dan jualan, mereka juga tak ada minta duit buku yang kami ambil dari mereka.” – Encik V.

Ditanya mengapa tiada tindakan undang-undang diambil terhadap syarikat tersebut, Encik V berkata ia akan mengambil masa yang lama serta memerlukan jumlah wang yang banyak.

“Untuk saman: LOD – RM1k. Kemudian buka fail sekitar RM5-10k. Bicara semua dalam 30-45k setahun. Buang masa, buang duit dan boleh jadi tak dapat pun duit tersebut.” – Encik V.

Isu tersebut hangat diperkatakan di media sosial sejak seminggu lepas, telah membuka ‘pandora box’ apabila lebih ramai penulis buku tampil dan mendakwa mereka menerima nasib serupa dari syarikat penerbitan tersebut.

Buletin TTKM difahamkan pemilik syarikat itu kini merupakan CEO di satu GLC berkaitan buku yang dilantik sewaktu kerajaan PH. Beliau dilihat cuba menjarakkan diri dari isu tersebut dengan mendakwa dirinya sudah meletakkan jawatan dari CEO syarikat itu 5 tahun yang lalu.

“Aku ulang sekali lagi, last jadi CEO , tahun 2015. 5 tahun yang lalu.” – kata bekas CEO syarikat itu pada satu komen di facebook.

Walau bagaimanapun, siasatan Buletin TTKM menerusi data SSM mendapati lelaki tersebut merupakan pemegang saham terbesar dan masih lagi memegang jawatan sebagai salah seorang pengarah.

Syarikat itu juga mendapat pembiayaan berjumlah RM2 juta dari MyCreative dan setakat ini statusnya adalah “unsatisfied” ( belum dilangsai).

Melalui satu penyata kewangan 2015 syarikat itu yang tular di media sosial, dinyatakan royalti yang tidak dibayar pada tahun 2015 sahaja adalah berjumlah RM192,422. Manakala imbuhan yang diberikan kepada pengarah-pengarah syarikat untuk tahun tersebut pula berjumlah RM256,500.

Sementara itu, ketika isu tersebut semakin hangat diperkatakan di media sosial, dan terdapat ura-ura beberapa penulis akan menyaman penerbit buku tersebut melalui seorang peguam, pengganti CEO terbabit hari ini meminta “mana-mana penulis yang mempunyai persoalan tentang isu royalti supaya menghubunginya beliau melalui FB Messenger atau pun emel “

Tambahnya lagi, beliau kehilangan nombor telefon penulis yang tidak dibayar royalti berikutan telefon bimbitnya pecah.

“Elok juga kalau (penulis yang tidak dibayar royalti) boleh whatsapp aku. Sebab nombor dia aku dah hilang, handphone pecah dulu” kata pengganti CEO terbabit di satu komen di akaun facebooknya.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: