Pertimbangkan bantuan ONE-OFF RM500 kepada Mahasiswa – Ketua Pemuda UMNO

  1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan agar Kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran one-off sekurang-kurangnya RM500 kepada semua pelajar-pelajar Universiti yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini.
  2. Ini bagi mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa sebelum terpaksa akur dengan keputusan KPT yang menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi akademik Oktober ini.
  3. Walaupun KPT mempunyai justifikasi kukuh untuk tidak mahu mengambil risiko dengan penularan wabak Covid-19 ketika ini, namun keputusan di saat akhir hakikatnya telah memberi kesan kepada sebahagian besar mahasiswa.
  4. Justeru Pemuda UMNO menyarankan agar pihak KPT dapat membawa cadangan ini dalam Mesyuarat Kabinet minggu ini agar dipertimbangkan cadangan bagi mengurangkan bebanan pelajar dan pihak keluarga masing-masing.

DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

5 Oktober 2020



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version