Jangkitan Covid-19 Sabah meningkat, Din Ketapi nyah-aktif laman FB, Shafie membisu.

Semporna, 11 Oktober: Ketika jangkitan covid-19 semakin meningkat di Sabah, laman facebook Ahli Majlis Tertinggi parti Warisan, Mohamaddin Ketapi atau lebih dikenali dengan Din Ketapi didapati tidak dapat diakses sejak beberapa hari yang lalu dipercayai dinyahaktif.

Hasil pemerhatian Buletin TTKM di pautan https://www.facebook.com/MohamaddinKetapiOfficial mendapati mesej “This Content Isn’t Available Right Now” dipaparkan yang biasanya berlaku sama ada laman dipadam atau dinyahaktifkan oleh pentadbir.

Ketika kempen pilihanraya Sabah bulan lepas, Din Ketapi mendakwa zon merah Covid-19 di pantai timur Sabah adalah sandiwara, kerana kawasan itu adalah kubu kuat Warisan, lalu meminta rakyat tidak percaya pada zon-zon merah tersebut.

“Bukan covid-19, diberikan merah kerana takut kalah dengan Warisan, bahaya untuk diorang bukan untuk kita. Jadi kita jangan percaya”

Din Ketapi.

Tambahnya lagi, pada hari mengundi akan ada orang yang diberikan duit untuk pura-pura pengsan kerana Covid-19. B

“Kalau ada kamu nampak ada orang pengsan di situ, bagus kamu tendang pijak dia. Bukan Covid-19 itu. Wayang, sandiwara.”

Din Ketapi.

Sementara itu, presiden Warisan merangkap bekas ketua menteri Sabah, Shafie Apdal membisu berikutan kes Covid-19 yang semakin menjadi-jadi.

Pemerhatian Buletin TTKM di laman facebook Shafie Apdal mendapati hantaran terakhir dilakukan laman tersebut adalah pada 2 oktober 2020, manakala tiada rekod beliau membuat sebarang kenyataan berhubung kes Covid-19 yang semakin meningkat sejak pilihanraya negeri diadakan.

Pada ogos lepas, Shafie berkara beliau lebih rela mati dan berdepan risiko wabak Covid-19 daripada menyerahkan kuasa memerintah Sabah kepada mereka yang didakwanya telah mengkhianati mandat rakyat.

Memetik laporan FMT, Shafie berkata, beliau terpaksa mengambil keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)  meskipun keputusan itu dipersoalkan orang ramai yang bimbang dengan wabak Covid-19.

“Saya tahu ada kritik kita kenapa adakan pilihan raya, bimbang sangat nyawa manusia (berikutan wabak Covid-19).Tapi daripada kita menyerahkan kuasa kepada mereka secara itu, tidak apa bagi kita, saya sanggup mati,”

Shafie Apdal

Tangkap layar laporan FMT

Sehari sebelum hari mengundi, Shafie Apdal menerusi satu video di laman facebooknya, memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana mengadakan pilihanraya ketika wabak Covid-19 melanda negeri.

“Saya sedar dan tahu pada hari ini kita berhadapan dengan pilihan raya ke-16 di Sabah dan dalam kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Sabah kerana berdepan pilihan raya dalam keadaan Covid-19. Keadaan ini juga memungkinkan kita berkempen bahkan juga mendampingi pengundi yang ada di setiap kawasan DUN dalam keadaan Covid-19 dan kemungkinan kita terjangkit dengan penyakit ini,”

Shafie Apdal


Tangkap layar laporan Sinar Harian.

Gelombang ketiga covid-19 melanda negara akibat dari pilihanraya negeri Sabah di mana pelanggaran SOP berlaku secara berleluasa terutama ketika kempen disamping kemasukan PATI dari negara Filipina.

Shafie membubarkan DUN Sabah setelah diperkenankan TYT berikutan kehilangan majoriti susulan beberapa adun dari pihak kerajaan melompat kepada kem BN yang diketuai Musa Aman.

Pilihanraya negeri itu menyaksikan Shafie Apdal yang mengetuai Warisan Plus tewas di tangan Gabungan Rakyat Sabah.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, Sabah mencatat sebanyak 488 kes baharu hari ini yang mana 468 kes datang dari kawasan PKPB dan PKPDB. Kes yang tinggi ini adalah melalui saringan besar-besaran terutama kumpulan berisiko tinggi dan KKM menjangkakan penularannya akan dapat dikawal sepenuhnya 2 hingga 3 minggu akan datang. –
Buletin TTKM-

Grafik KKM.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version