Apa kurangnya dengan MoU antara kerajaan dan PH? – Prof Agus

Oleh : Prof Mohammad Agus Yusoff

APA KURANGNYA DENGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN KERAJAAN-PH?

  1. Pada 13 September 2021, kerajaan pusat dan oposisi PH telah melakar sejarah negara dengan memeterai MoU yang bersifat bi-partisan.
  2. Dengan pemeteraian ini, PH tidak akan menghalang kerajaan dalam undi kritikal di Dewan Rakyat dan kerajaan tidak akan membubarkan Dewan sebelum 31 Julai 2022.
  3. Sebagai pertukaran, kerajaan akan melaksanakan tiga perkara penting: pembaharuan parlimen, transformasi pentadbiran, dan pemerkasaan pelan Covid-19.
  4. MoU ini baik kerana ia mengetengahkan polisi (bukannya personaliti). Yang baik telah banyak diperkatakan dan ulasan ini hanya menggariskan kekurangannya.

1) Tidak melibatkan sama parti pembangkang lain seperti Pejuang, Muda, Warisan dan Bebas.


2). Jaminan peruntukan sama rata hanya untuk ahli parlimen yang terlibat dalam MoU ini sahaja. Bagaimana dengan ahli parlimen dari parti pembangkang yang tidak terlibat?


3) Reformasi institusi kehakiman kabur dan tidak jelas. Reformasi apa jika kedudukan dan peranan Peguam Negara pun tidak dibincang?


4. Reformasi parlimen apa jika kedudukan dan peranan speaker pun tidak dibincang?


5) Tidak ada perundingan tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya.


6) Tidak ada persefahaman jelas tentang kedudukan kleptokrat dalam kerajaan.


7) Bagaimana dengan reformasi SPRM yang dikatakan akan diletakkan di bawah parlimen?


8). MoU ini terlalu menumpukan kepada pembaharuan institusi seperti mewujudkan jawatankuasa khas parlimen baharu dan menstruktur semula jawatankuasa sedia ada. Apa yang hendak dicapai dari jawatankuasa ini? Berapa kos yang terlibat? Sejauh manakah keberkesanannya nanti yang boleh menjayakan reformasi institusi yang diharapkan?


9) Tidak ada persefahaman jelas tentang isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Pertama, tidak ada perbincangan untuk menurunkan kos hidup rakyat. Sekarang ni harga barangan semua mahal, baik itu ayam, minyak masak, pampers, susu bayi dan lainnya. Kedua, tidak ada penyelesaian kepada isu pekerja kontrak. Ada pegawai kontrak yang telah 10 tahun bekerja, ada doktor kontrak dan lainnya. Bagaimana dengan kedudukan mereka ini?


10). Hendak menyelesaikan isu Perjanjian Malaysia 1963 bagaimana jika butirannya tidak diperincikan? Kekaburan sebegini sudah sungguh lama yang memberi kesan kepada keutuhan persekutuan.

Apapun kurangnya MoU ini, it is a step in the right direction. Let’s give it a chance to work until the next GE. Semoganya, dengan itu negara kita stabil dan foreign investors have faith in our nation.

( Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor)



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version