Siri Jelajah Townhall Kertas Putih KKM di persinggahan terakhir, Zon Timur

Kuala Lumpur, 13 Mei: Siri Jelajah Townhall Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  untuk melengkapkan Kertas Putih Kesihatan kini di persinggahan terakhir.

 

Jelajah Townhall KKM yang bermula di Zon Tengah, pada 18 April lepas, akan singgah di Zon Timur bertempat di Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah di Kuala Nerus pada 16 Mei 2023 ini.

Untuk rekod, sesi townhall  disertai pemegang taruh termasuk doktor, jururawat, kakitangan KKM, pertubuhan berkaitan kesihatan, ahli farmasi dan mahasiswa kini telah melengkapkan 5 siri jelajah di lokasi berikut:

Peserta yang menghadiri sesi townhall di Muar Johor, 7 Mei lepas.

Antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan kekurangan doktor di jabatan kecemasan, kekurangan fasiliti, kesihatan mental, masyarakat menua dan perubahan iklim.

Antara panelis di sesi townhall yang diadakan di Zon Selatan, Muar pada 7 Mei Lepas.

Kertas Putih Kesihatan bakal dibentangkan pada bulan Jun ini di dewan rakyat untuk mendapatkan sokongan dwi-partisan ahli-ahli Parlimen sebelum langkah-langkah pelaksanaanya dapat dijalankan.

Dr Zaliha Mustafa menjawab soalan dari peserta townhall di Hospital Pakar Kanak-kanak UKM, Cheras .

“Kertas Putih Kesihatan yang bakal dibentangkan di Parlimen merupakan dokumen asas yang mendukung aspirasi mereformasi sistem kesihatan negara.” kata menteri kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

“Saya percaya, untuk mengubah sesuatu, kita perlu memahaminya terlebih dahulu. Golongan yang benar-benar faham akan isu yang berlaku di hospital awam dan klinik kesihatan ialah pegawai perubatan yang berhidmat di sana.” katanya lagi.

Dokumen tersebut bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh agar perkhidmatan kesihatan lebih saksama, berkualiti tinggi, mudah diakses dengan kos berpatutan dan mampan untuk jangka panjang.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata cadangan pembaharuan perbelanjaan kesihatan awam bagi mewujudkan sistem perkhidmatan kesihatan terbaik akan turut dibawa dalam pembentangan Kertas Putih Kesihatan kelak.

Tambahnya lagi, pihak KKM juga akan sentiasa berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) supaya peruntukan untuk Kementerian Kesihatan ditingkatkan berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Jadi sekarang kita ada (peruntukan) 2.9 peratus (berbanding KDNK), dan kalau dibandingkan negara kita dengan negara-negara setaraf dengan kita iaitu negara berpendapatan sederhana, mereka sudah berada pada kadar sehingga lima peratus.

“Insya-Allah kita akan sentiasa (ada) libat urus dengan MOF dan memastikan khususnya anggota Kabinet, memahami kenapa kita memerlukan perbelanjaan atau bajet sebegitu untuk memastikan sistem perkhidmatan (kesihatan) kita yang terbaik,” katanya pada sidang media semalam.

Sebarang pandangan berkaitan Kertas Putih Kesihatan boleh dikongsikan di pautan berikut : https://moh.gov.my/kertasputihkesihatan

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version