Bantah khat jawi: NGO India rancang anjur himpunan ‘revolusi’ 23 Ogos.

Brickfield 11 Ogos: Satu himpunan aman ‘Puratchi’ akan diadakan bagi membantah pengajaran tulisan khat jawi di sekolah rendah jenis kebangsaan. (Puratchi adalah perkataan tamil yang bermaksud revolusi).

Encik BT Gana, salah seorang penganjur ketika dihubungi Buletin TTKM berkata permit polis sudah diperoleh untuk himpunan tersebut dimana ia akan diadakan pada Jumaat 23 Ogos 2019, jam 7 malam sehingga 10 malam berdekatan monumen pancutan air di Brickfield.

Setakat ini, beliau mendakwa sebanyak 33 persatuan india telah memberikan sokongan kepada perhimpunan tersebut.

Katanya lagi, tujuan himpunan tersebut diadakan adalah untuk menunjukkan bilangan mereka yang membantah keputusan kerajaan itu.

“Perdana menteri berkata hanya sebilangan kecil sahaja yang membantah pengajaran jawi, maka himpunan ini diadakan untuk menunjukkan bilangan  (‘showing the numbers’) mereka yang membantah” – BT Gana. 

Terdahulu, perdana menteri, Tun Dr Mahathir berkata hanya sebilangan kecil pihak yang membantah pengajaran khat jawi di sekolah vernakular.

Dr Maszlee Malik kelmarin pula berkata pengajaran khat jawi di sekolah vernakular akan diteruskan pada tahun hadapan tetapi ia kini adalah pilihan dan tidak lagi wajib.

Selain bilangan muka surat dikurangkan dari 6 helai kepada 3 helai mukasurat pada buku teks BM, bab tersebut juga tidak akan dinilai dalam peperiksaan atau ujian.

Sementara itu, poster himpunan yang dinaikkan semalam di laman facebook We Are Malaysian Indians setakat ini mendapat lebih 500 perkongsian. -Buletin TTKM-

-Buletin TTKM-

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version