Covid-19: Ahli gereja Our Lady of Guadalupe di Puchong didapati positif

PETALING JAYA 6 Mac: Ahli paroki dari gereja katolik talah disahkan positif Covid-19, kata Chancery  Catholic Metropolitan Archdiocese Kuala Lumpur.

The Star melaporkan Chanellor Rev Fr Michael Chua  sebagai  melalui notis bahawa ahli paroki dari Church of Our Lady of Guadalupe (OLOG) di Puchong telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh setelah disahkan positif virus tersebut pada hari Khamis 5 Mac.

‘Kami sedang menunggu perincian dan arahan lanjut dari kementerian kesihatan. Kami berharap KKM akan memulakan pengesanan kontak. Kedua-dua paroki dan Archiocese akan menawarkan kerjasama sepenuhnya bagi mempercepatkan urusan ini” katanya dalam satu notis hari ni.

Chu turut berkata, paderi paroki OLOG, Fr Albet Arockiasamy telah memberitahu ahli-ahli paroki situasi yang berlaku dan sudah memulakan pengesanan kontak rapat awal.

“Fr Albet juga turut memberitahu ahli parokinya, teruitama mereka yang telah dikenalpasti ada kontak rapat dengan pesakit tersebut supaya menjalani pemeriksaan, mengasingkan diri dari sebarang aktiviti awam, dan memantau kesihatan mereka untuk 14 hari berikutnya. Beliau juga bersedia untuk 

Beliau bersedia untuk melaksanakan sebarang langkah selanjutnya yang diperlukan oleh KKM, “

Chua berkata bahawa OLOG telah menjalankan pembersihan dan sanitasi menyeluruh, sambil menambah bahawa gereja itu terbuka untuk mass hujung minggu ini.

Chua menambah bahawa Ketua Biskop Katolik Kuala Lumpur Most Rev Julian Leow juga telah menugaskan satu pasukan tugas krisis khas yang terdiri daripada clergy, doktor perubatan dan kakitangan chancery, untuk membantu memantau perkembangan krisis, untuk menangani isu-isu dengan lebih cepat, dan mengkaji dan mengesyorkan garis panduan keselamatan untuk gereja tempatan.

“Untuk mengelakkan rasa takut dan panik yang tidak perlu, kami menyeru semua umat Katolik supaya tidak menyebarkan berita dan maklumat yang tidak disahkan mengenai Covid-19,”

Gelombang kedua Covid-19 kini mula menular di Malaysia sejak dua minggu lalu dengan pesakit no 26 menjadi kluster kepada 26 pesakit lain melalui kontak rapat dan generasi kedua.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan enggan mendedahkan lokasi keberadaan pesakit walaupun didesak pelbagai pihak supaya berbuat demikian.  – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version