Covid-19: 172 kes baru, keseluruhan 1790 kes, 19 kemat1an

Kenyataan Akhbar Ketua pengarah.

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 199 kes.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 25 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 172 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 1,796 kes.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 172 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 71 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. Manakala baki 101 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster.

Sehingga kini, seramai 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

Pelaporan terbaru ini dan satu (1) pelaporan melalui siaran di laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan malam tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 19 kes:

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga tersebut.

ANGGOTA KESIHATAN DAN POTENSI JANGKITAN COVID-19

KKM mengambil maklum bahawa anggota barisan hadapan sangat komited dalam memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia bagi menghadapi kejadian pandemik COVID-19 ini.

Namun begitu, sehingga 25 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, dilaporkan bahawa terdapat 73 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

Daripada jumlah tersebut, didapati punca jangkitan bagi 47 kes (64.4%) adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang juga dihadiri oleh mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh. Lain-lain punca adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif COVID-19.

Untuk makluman, seramai 1,895 anggota kesihatan KKM yang menguruskan pesakit COVID-19 di fasiliti kesihatan KKM telah menjalani ujian pengesahan, di mana 1,187 orang adalah negatif manakala 708 lagi masih menunggu keputusan dan TIADAyang dikesan positif.

Semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan.

Adalah dipohon agar semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) untuk memaklumkan Ketua Jabatan masing-masing sekiranya terlibat secara langsung atau mempunyai kontak dengan peserta yang menghadiri:

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan bermula 18 Mac dan kini dipanjangkan tempoh sehingga 14 April 2020. Justeru, KKM ingin menasihatkan orang ramai agar terus mengekalkan jarak sosial (social distancing) lebih dari satu (1) meter antara satu sama lain. Orang ramai digalakkan untuk melakukan aktiviti indoor bersama ahli keluarga seperti melakukan senaman.

Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, orang ramai boleh menghubungi virtual health advisory dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari dan mengikuti sesi Facebook live KKM dari 10.00 pagi hingga 10.30 pagi dan Facebook live DoctorOnCallDari 3.00 petang hingga 3.30 petang yang akan diadakan dari hari Isnin sehingga Jumaat .

Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia;

https://t.me/cprckkm

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa dalam  laman sesawang KKM;

http://www.moh.gov.my/index.php

 

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

 25 Mac 2020 @ 5:00 petang 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 MAC 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI) 

NEGERI BILANGAN KES BAHARU BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 1 10
KEDAH 5 69
PULAU PINANG 2 70
PERAK 30 128
SELANGOR 54 435
NEGERI SEMBILAN 14 123
MELAKA 2 33
JOHOR 34 196
PAHANG 8 64
TERENGGANU 0 38
KELANTAN 6 84
SABAH 0 170
SARAWAK 2 85
W.P. KUALA LUMPUR 13 270
W.P. PUTRAJAYA 1 16
W.P. LABUAN 0 5
JUMLAH KESELURUHAN 172 1,796



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version