Moratorium: BNM nyatakan kekesalan atas kekeliruan faedah sewa beli

Kuala Lumpur, 1 Mei: Bank Negara Malaysia menyatakan kekesalan di atas kekeliruan dan kebimbangan yang timbul berikutan pengumuman faedah moratorium sewa beli yang menjadi kecaman warganet sejak petang semalam.

“Kekeliruan yang timbul adalah disebabkan oleh salah tanggapan bahawa jumlah bayaran balik sesuatu pinjaman Sewa Beli tidak boleh diubah. Salah tanggapan ini juga sedikit sebanyak disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang kami tunjukkan dalam versi awal soalan lazim (FAQ) ini, yang menggunakan beberapa andaian dan kaveat.

Kami kemudiannya mengeluarkan contoh pengiraan tersebut daripada FAQ ini apabila Institusi Kewangan menyediakan contoh pengiraan mereka masing-masing.

Ilustrasi yang kami tunjukkan bukan bertujuan untuk ‘menghilangkan’ caj kadar faedah berakru(yang diambil kira) kepada pinjaman yang diberikan penangguhan bayaran balik.” -Bank Negara Malaysia

Pada 27 mac lepas, Bank Negara mengeluarkan FAQ menunjukkan tiada faedah tambahan dikenakan pada sewa beli sekiranya peminjam memilih untuk moratarium 6 bulan.

FAQ tersebut telah dipadamkan dari laman web Bank Negara Malaysia tetapi masih boleh diakses melalui arkib internet di sini. 

Dalam FAQ itu, ditunjukkan satu illustrasi di mana bayaran pinjaman sewa beli bulanan adalah sama selepas mengambil moratorium 6 bulan.

FAQ Bank Negara 27 Mac 2020, contoh bayaran bulanan sewa beli:

Sebelum penangguhan : RM1,133

Selepas Penangguhan : RM 1,133 ( tiada pertambahan) 

FAQ Bank Negara Malaysia yang telah dipadamkan dari laman web BNM. 

Walau bagaimanapun, dalam FAQ terbaru yang dikeluarkan hari ini, contoh pembayaran bulanan sewa beli adalah seperti berikut:

FAQ Bank Negara 1 Mei 2020, contoh bayaran bulanan sewa beli:

Sebelum penangguhan : RM 712

Selepas Penangguhan : RM 731 ( pertambahan RM19) 

 

Berikut merupakan Soalan Lazim terbaru dikeluarkan Bank Negara Malaysia pagi ini:

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version