SAYA BANTAH PELANTIKAN RAHIM NOOR! – NURUL IZZAH

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membantah pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu rundingan damai selatan Thailand.

Beliau berkata demikian dalam satu kicauan di akaun twitter beliau:

“Saya tegas menentang pelantikan seorang penyerang ganas ke atas seorang lelaki yang tidak bersalah, ketika matanya ditutup dan tangannya digari serta dibiarkan terlantar tanpa rawatan perubatan selama beberapa hari.
Kemudiannya berbohong kepada seluruh dunia mengenai lokasi dan nasib mangsa. Malu ke atas mereka yang melakukan kekejaman itu,” – Nurul Izzah Anwar

Pengkritik mempersoalkan kritikan Nurul Izzah kerana sedangkan Dr Mahathir boleh dimaafkan beliau, apatah lagi Rahim Noor.

Nurul memayungi Tun dari panas terik. 

Abdul Rahim yang merupakan Ketua Polis Negara pada tahun 1998 telah memukul Anwar ketika ditahan di dalam lokap sehingga matanya lebam. Rahim dipercayai bertindak sedemikian setelah Anwar membangkitkan kemarahannya (memprovokasi) dengan mengeluarkan kata-kata ”Ni bapak anjing.”. Walau bagaimanapun, Anwar menafikan terdapat sebarang perbualan sebelum beliau dibelasah sambil tangannya digari dan mata ditutup.

Abdul Rahim kemudian meletakkan jawatan sebgai ketua polis negara dan didapati bersalah mencederakan Anwar dengan menjalani hukuman penjara  2 bulan.   Penahanan itu berlaku selepas Anwar mengetuai satu perarakan raksasa dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka menuntut Tun Dr Mahathir meletak jawatan sebagai PM ke 4.

Walau bagaimanapun, selepas 20 tahun, Anwar dan Mahathir kini merupakan sekutu dalam koalisi Pakatan Harapan, di mana Anwar menyifatkan perkara yang terjadi kepada beliau cuma luka kecil. Mahathir pula kini adalah Perdana Menteri ke 7 manakala Anwar merupakan bakal perdana menteri ke 8 yang tidak diketahui bilakah beliau akan menjawat jawatan tersebut.

Abdul Rahim, 75, menggantikan Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim yang sebelum ini dilantik kerajaan Malaysia pimpinan BN untuk menjadi fasilitator rundingan damai tersebut antara Mara Patani dan kerajaan Thailand.

Sementara itu, Pelantikan Tan Sri Abdul Rahim Noor sebagai fasilitator baharu untuk proses damai di wilayah selatan Thailand itu adalah kerana beliau mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai kawasan itu, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Mat Sabu, Menteri Pertahanan.

Tambah Mohamad Sabu lagi, bekas Ketua Polis Negara itu sebelum ini pernah ditugaskan untuk berunding dengan pihak komunis pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi perdana menteri ketika itu.

Ini, katanya, menjurus kepada majlis menandatangani perjanjian damai di Hatyai pada 1989.

Saya yakin perdana menteri (sekarang Dr Mahathir) melihat di sudut keupayaan dan kebolehan itu, maka diberikan tugas itu kepada beliau (Abdul Rahim),” – Mohamad Sabu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dilaporkan tidak mahu memanjangkan isu yang mengaitkan beliau dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor.

Katanya, apa yang dibangkitkan orang ramai terhadap Rahim kini, adalah  sebagai peringatan kisah lampau mengenai kezaliman dan salah guna kuasa.

“Secara peribadi, saya tidak mahu panjangkan isu peribadi dengan beliau.

Tetapi ternyata ramai yang membangkitkannya kerana jenayah yang beliau lakukan itu bukan terhadap saya sahaja. Ramai yang dipukul dan didera dan kini membangkitkan semula isu ini,” – Anwar Ibrahim

Nurul Izzah merupakan anak perempuan Anwar Ibrahim yang akan bertanding merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan parti PKR bulan depan. Ibunya, Wan Azizah sebelum ini merupakan presiden PKR , tetapi kini suaminya, Anwar Ibrahim pula mengisi jawatan tersebut setelah menang tanpa bertanding.

“Inilah dia parti keluarga rapat, PKR. Mak, Bapak, anak , semua ada!Muhahahahihihiu! ” kata seorang pengkritik kepada TTKM. -TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version