“SPR TAK BOLEH KELUARKAN NAMA DARI DAFTAR PEMILIH TANPA SIJIL KEMATIAN!”

Putrajaya, 25 Sept: Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh mengeluarkan nama pengundi yang berumur 100 tahun atau lebih dari daftar pemilih tanpa sijil kematian, kata Pengerusi SPR yang baharu, Azhar Harun atau lebih dikenali sebagai Art Harun.

Menurut satu wawancara yang oleh The Malaysian Insight, Azhar berkata beliau ada menonton video penjelasan mengenai hal tersebut oleh SPR dan mengatakan penjelasan tersebut adalah wajar.

“Saya sudah melihat aduan tentang pengundi berumur 100 tahun dalam daftar pengundi, misalnya. Saya juga sudah lihat  penjelasan SPR yang mana ia tidak boleh mengeluarkan nama pengundi tanpa sijil kematian. Rakyat akan saman kami. Ini penjelasan yang wajar.” – Azhar Harun

Ketika era SPR di bawah pemerintahan BN,  pihak pembangkang sering membangkitkan persoalan mengenai isu pengundi berumur lebih 100 tahun dan meminta SPR membersihkan daftar pemilih, tetapi penjelasan yang sama diberikan oleh SPR pada ketika itu.

“SPR hanya memotong nama-nama mereka dariapda daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi daripada JPN”
“Walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang- undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sesuka hati atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia” – Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, bekas pengerusi SPR.

Azhar Harun, yang merupakan seorang peguam dan penyokong kuat Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi SPR minggu lepas.

Pelantikan beliau dipersoalkan sesetengah pihak kerana ia dilihat seperti ganjaran politik, tiada neutraliti dan bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan yang mengatakan pelantikan pengerusi SPR haruslah dilakukan melalui jawatankuasa parlimen.

Apabila ditanya oleh wartawan mengenai pelantikan tersebut, Tun Dr Mahathir mengatakan beliau tidak mengenali Azhar Harun.

Sehari selepas itu, tular gambar di mana Azhar Harun dilihat bersama dengan Tun Dr mahathir di suatu forum dan majlis makan malam.-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version