Setelah dikritik netizen, akhirnya aplikasi & portal semak pengundi SPR kembali berfungsi.

Kuala Lumpur, 25 Mac: Aplikasi MySPR dan portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengalami masalah teknikal sudah boleh diakses semula pada pukul lapan malam tadi, lapor Bernama.

Pengerusi SPR Azhar Harun berkata ia disebabkan oleh masalah teknikal yang berlaku menyebabkan kedua-dua aplikasi itu tidak dapat berhubung dengan pangkalan data utama pengundi.

“SPR mengambil maklum mengenai masalah dalam membuat semakan nama pemilih melalui MySPR Semak dan portal SPR.

“Kedua-dua kemudahan semakan ini bagaimanapun sudah boleh diakses semula mulai lapan malam tadi,”  – Azhar Harun

Azhar turut memberi jaminan maklumat pemilih dalam pangkalan data SPR tidak terjejas berikutan masalah tersebut.

Beliau menegaskan bahawa daftar pemilih pilihan raya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N27 Rantau, Negeri Sembilan tidak terjejas.

SPR juga dijadualkan akan mengedarkan kad pengundi mulai 27 Mac kepada semua pengundi bagi PRK DUN Rantau, katanya.

53625625_411728472726424_7924121640718303232_n.jpg

Terdahulu, netizen sejak petang semalam gusar apabila mendapati semakan daftar pemilih di aplikasi MySPR dan portal SPR menunjukkan ‘rekod tidak ditemui’.

“Cubasemua periksa status Semakan Pemilih dalam laman SPR.Saya check berkali-kali tapi nama tidak ada dalam senarai Semakan Daftar Pemiliih…Apa sudah jadi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia – SPR ?Kenapa padam nama kami?Mainan politk apa ni?” – Aidil Skyros

TTKM malam semalam turut membuat ciapan di Twitter kepada Azhar Harun bertanyakan hal tersebut. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.