Statut Rome: Ingat nama 4 ahli akademik!- Numan Afifi

Twitter, 8 April : Aktivis LGBT dan bekas pegawai akhbar Syed Saddiq, Numan Afifi memberi amaran supaya mengingati nama 4 ahli akademik yang menyediakan pembentangan statut rom kepada Majlis Raja-Raja, sekiranya di masa depan ada anak cucu kita yang tidak mendapat pembelaan dan keadilan daripada masyarakat antara bangsa kerana mati bergelimpangan akibat pembunuhan etnik dan jenayah perang.

Beliau berkata demikian pada satu ciapan di akaun twitternya sebagai merujuk pendirian kerajaan yang menarik diri dari meratifikasi perjanjian Statut Rom sambil menyertakan gambar ahli-ahli akademik tersebut.

Semalam, Ketua Gabungan Pembebasan Akademik institut pengajian tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi mendedahkan mengenai rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 3 April lalu.

Asheeq Ali bersama 8 lagi aktivis pelajar mempersoalkan mengapa pembentangan rumusan eksekutif  itu dijalankan secara sulit tanpa diketahui oleh masyarakat, selain mendakwa hujah-hujah rumusan itu bersifat berat sebelah kerana hanya mempersoalkan sebab Majlis Raja- Raja perlu menolak perjanjian antarabangsa itu.

Rumusan itu dilakukan oleh Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (IJiTM), Prof Datuk Dr. Rahmat Mohamad dan Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IJIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz. Selain itu, dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (IJSIM), Dr. Fareed Mohd. Hassan dan Hisham Hanapi turut terlibat dalam kajian tersebut.

Numan Afifi sebelum ini meletak jawatan sebagai pegawai akhbar Syed Saddiq  ekoran “kecaman dan ancaman hebat oleh ejen propaganda pembangkang, menyebabkan mustahil untuk dirinya menjalankan amanah diberi.”

“Saya mengambil keputusan tidak bertugas secara rasmi di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan akan ke luar negara dalam masa terdekat bagi menentukan apa hala tuju selepas ini.Saya berhasrat mengulang dan menegaskan kenyataan Syed Saddiq bahawa setakat ini belum ada sebarang pelantikan rasmi di pejabat menteri. Menjawab mengenai isu beberapa nama tertera di laman web rasmi KBS, saya dimaklumkan terdapat unsur sabotaj dan siasatan dalaman sedang dijalankan serta difahamkan tindakan tegas akan diambil ke atas pesalah,” Numan Afifi.

Nama beliau menjadi bualan sebelum ini kerana menganjurkan majlis berbuka puasa ‘big gay iftar’ pada tahun 2017.  – Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version