PALSU: ciapan jemaah haji tajaan 1MDB perlu pulangkan wang dalam masa 30 hari

PETALING JAYA, 23 Jun: Satu ciapan yang kononnya dibuat oleh Latheefa Koya yang menyatakan bahwa mereka yang mengerjakan Haji bawah tajaan 1MDB dari tahun 2011-2018 perlu membayar semula wang tersebut dalam tempoh 30 hari adalah palsu.

Pengerusi SPRM yang baharu dilantik, Latheefa Koya berkata demikan di akaun twitter beliau sambil menyertakan tangkap layar ciapan yang tular di media sosial itu.

“Ini adalah palsu!” – Latheefa Koya.

Kelmarin, Latheefa Koya selaku pengerusi SPRM mengumumkan pemfailan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB yang diagihkan kepada 41 penerima.

Beliau berkata 41 responden berkenaan perlu memfailkan afidavit untuk mencabar saman tersebut dan menjelaskan bagaimana mereka memperolehi dana itu.

Di antara 41 penama itu termasuklah Rayhar Travels Sdn Bhd yang menguruskan urusan umrah bagi penduduk terpilih di Pekan, Pahang.

Menurut satu kenyataan, agensi terbabit berkata pelanggan pakej umrah, haji dan pelancongan yang menggunakan khidmatnya tidak perlu khuatir kerana syarikat itu telah memberi keterangan dan kerjasama kepada pihak berkuasa sejak 2018 lagi.

“Bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul mengenai penglibatan kami dalam kes ini, kami ingin menjelaskan bahawa bayaran tersebut diterima dari seorang individu yang menaja rakyat jelata kawasan Pekan bagi mengerjakan umrah pada tahun 2013.

“Pada tahun 2018 kami dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa bayaran cek tersebut adalah dipercayai dari akaun Ambank bekas perdana menteri seperti dinyatakan dalam akhbar tempatan,” – Rayhar Travel

Sementara itu, pada Jun 2018, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata jemaah haji yang dibiaya oleh 1MDB tidak perlu risau mengenai perkara tersebut kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka mengerjakan rukun Islam ke lima itu datang dari sumber yang halal.

“Tun Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi. Tun Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat ini membiayai jemaah haji?Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya.” – Najib Razak.

Najib kini berdepan dengan puluhan tuduhan salah guna kuasa dan rasuah berhubung dana 1MDB dan SRC International.

Beliau menafikan semua tuduhan tersebut. – Buletin TTKM-

Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan berita  tanpa “fear or favor”  dengan membuat sumbangan ke   akaun: 8603355994  (CIMB Bank)  Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version