EXCO DAP didakwa terlibat kes rogol enggan bercuti kerana ‘mati pucuk’?

Sejak pagi tadi berlegar di whatsapp dan media sosial berhubung satu tangkap layar yang kononnya dilaporkan oleh organ propaganda DAP, RoketKini yang bertajuk “Tiada sebab untuk bercuti, akui mati pucuk” beserta gambar Paul Yong Choo Kong, EXCO DAP Perak yang didakwa merogol pembantu rumahnya di mahkamah sesyen Ipoh semalam.

Laporan pada gambar itu pula menyatakan “laporan perubatan bahawa alat kelamin sudah tidak berfungsi juga disertakan”

Tangkap layar yang berlegar di media sosial

Buletin TTKM mendapati hasil carian di laman web roketkini.com tidak terdapat laporan tersebut pada tarikh 23 Ogos seperti yang tertera.

Berikut merupakan enam laporan terkini di laman web Roketkini.com, dimana laporan pada 23 Ogos cuma mengenai ucapan Sultan Perak yang diulas Lim Kit Siang.

Tangkap layar laman web RoketKini.

Manakala hasil carian imej terbalik (reverse image search) mendapati imej dari laporan tersebut adalah berasal dari laporan dari Kosmo! bertarikh 22 Ogos.

Tangkap layar laporan Kosmo!

Yang lebih melucukan, nama penulis berita seperti dalam tangkap layar juga sebenarnya adalah Yong Choo Kiong, iaitu nama tertuduh itu sendiri, dimana perkara ini tentu sekali tidak mungkin berlaku. Ini jelas memberikan petunjuk bahawa tangkap layar tersebut adalah ternyata satu berita palsu.

Sementara itu, cubaan menghubungi RoketKini melalui nombor yang tertera di laman webnya gagal kerana nombor tersebut tiada dalam perkhidmatan.

Kami sedang cuba menghubungi RoketKini melalui email dan akan mengemaskini laporan sebaik sahaja mendapat respon dari mereka

Manakala cubaan menghubungi EXCO terbabit melalui nombor pejabatnya setakat ini gagal kerana hari ini Sabtu, hari tidak bekerja. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version