Paul Yong didakwa merogol, mengaku tidak bersalah.

IPOH 23 Ogos: EXCO DAP Perak, Paul Yong Choo Kiong hari ini didakwa atas tuduhan merogol seorang warga Indonesia yang menjadi pembantu rumahnya di mahkamah sesyen di sini Jumaat 23 Ogos.

Menurut laporan The Star, Yong yang juga adun DAP Tronoh mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibawah seksyen 376 kanun keseksaan dibacakan.

“Saya faham (pertuduhan yang dibacakan)  tetapi saya tidak pernah melakukannya” – Paul Yong Choo Kiong

Yong, 49 diwakili peguam, Leong Cheok Keng (adun DAP Malim Nawar), RSN Rayer (MP DAP Jelutong), Ramkarpal Singh (MP DAP Bukit GElugor) dan Farhan Sapian.

Menurut pertuduhan, Yong didakwa melakukan aksi rogol tersebut di dalam bilik atas sekali rumah beliau di Taman Meru Desa pada 7 Julai di antara jam 8.15 malam dan 9.15 malam.

PAda 8 Julai, pembantu rumah yang berumur 23 tahun itu membuat laporan polis, mendakwa beliau telah dirogol oleh Yong, majikannya dirumah tertuduh di Meru.

 

pejot
Enter a caption

Menteri Besar Perak meminta Paul Yong bercuti dari menjalankan tugasnya sebagai EXCO.

Pada perkembangan yang sama, semalam Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta Yong supaya bercuti sehingga perbicaraan kes rogol beliau selesai. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.