Subsidi petrol sebulan: RM30 kereta, RM12 motosikal.

Kerajaan hari ini mengumumkan bahawa PENERIMA Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan 1600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berjangka hayat 10 tahun dan ke atas layak menerima Program Subsidi Petrol (PSP) berjumlah RM30 sebulan bagi kereta, manakala RM12 sebulan bagi motosikal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, manakala kategori motosikal yang layak ialah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berusia tujuh tahun dan ke atas membabitkan seramai 2.86 juta penerima.

“Program subsidi petrol bersasar ini akan dilaksanakan pada Januari 2020 dan harga petrol RON95 akan diapungkan dan harga akan diselaraskan secara beransur-ansur.

“Program subsidi petrol ini akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun

penerima setiap empat bulan sekali

“Ini membabitkan tanggungan subsidi sebanyak RM65.4 juta sebulan,” – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Saifuddin berkata, untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol RON95 kekal RM2.08, sekali gus tidak layak menerima PSP.

Katanya, prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama dan penggubalan dasar berpandukan data yang diperoleh daripada data asas BSH dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Subsidi petrol akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka yang layak pada suku pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi bagi tempoh 4 bulan iaitu Januari hingga April 2020 .Bagi kereta, jumlah wang yang akan dikreditkan adalah  sebanyak RM120 (RM30 x 4 bulan) dan motosikal sebanyak RM48 (RM12x4 bulan)

Oleh itu, harga petrol runcit di Semenanjung akan kembali menggunakan pengiraan apungan APM tanpa subsidi bermula Januari 2020.

Pada belanjawan 2019 yang diumumkan tahun lepas, menteri kewangan, Lim Guan Eng berkata pelaksanaan subsidi petrol bersasar akan bermula suku kedua tahun ini.

Walaubagaimanapun, pelaksanaan tersebut ditangguhkan beberapa kali keranakekurangan data mengenai kumpulan sasaran selain data isi rumah kumpulan berpendapatan rendah (B40).

Kenapa Kementerian mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakan program ini?

“Berpegang kepada prinsip pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution of subsidy) dan dasar berpandukan data (data driven policy), KPDNHEP memerlukan data yangtepat, lengkap dan terkini daripada pembekal data yang utama, iaitu BSH dan JPJ.  Analisis dan kajian ke atas data yang diterima perlu dilakukan dengan teliti bagi mengenal pasti penerima PSP yang betul-betul layak.” 

– Laman web Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Pada bulan Mac 2019. kementerian kewangan telah menanugerakan tender kepada syarikat GHL TRANSACT SDN. BHD bagi durasi selama 16 bulan untuk “mencadang, mengkaji, merekabentuk, membangun, membekal, memasang, menguji dan mentauliah serta mengoperasi perkakasan, perisian dan aplikasi untuk sistem subsidi secara bersasar bagi petrol RON95 (sistem kad95) secara request for proposal (RFP)”.

Syarat-Syarat Kelayakan Penerima (Mesti memenuhi semua syarat)

1. Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja.
2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdafar dan mempunyai
Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;
3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan
2 buah motosikal;
4. Kriteria kenderaan yang layak berdasarkan kapasi enjin:
Grafik oleh kpdnhep.
5. Kadar kelayakan subsidi mengikut pemilikan kenderaan:
Grafik oleh kpdnhep.
-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version