Henti perbesarkan isu video – Fuziah Salleh

Kenyataan Media
Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
11/4/2020

Pada hari semalam (Jumaat, 10 April) saya telah memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dengan memberi keterangan terhadap siasatan video yang telah dimuat-turun melalui akaun facebook.

Kini pihak berkuasa sedang membuat siasatan lanjut dan saya menegaskan komitmen untuk memberikan kerjasama seawajarnya. Pada masa yang sama, saya menggesa pihak media untuk berhenti membesarkan isu ini sehingga siasatan selesai.

Kebajikan orang ramai terutamanya Warga Kuantan amat dekat di hati saya. Saya akan terus bekerja keras untuk memastikan bahawa perhatian yang sewajarnya diberikan kepada seluruh warga Malaysia.

Saya mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia agar tabah dalam menangani wabak covid-19 dan menzahirkan penghargaan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan.

Terima kasih.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version