“Saya diusir sebab speaker sakit hati” – Khalid Samad

Kuala Lumpur, 15 Julai: Ahli parlimen Amanah Shah Alam, Khalid Samad yang diusir keluar dari Dewan Rakyat kelmarin, berkata beliau dikenakan tindakan tersebut kerana speaker yang baharu “lantikan PM” ,  Dato Azhar Harun sakit hati setelah beliau berkata pembangkang mempunyai hak untuk memilih speaker.

“Kalau didengar video dengan teliti, kedengaran saya nyatakan tanpa microphone, “Kami ada hak. Ahli Parlimen (walaupun pembangkang), ada hak!” Sakit hati ‘Speaker lantikan PM’ mendengar kata-kata itu dan saya diusir. Khalid Samad diarah keluar dewan.

Sudah 12 tahun saya menjadi Ahli Parlimen. Speaker lantikan PM baru sejam tak sampai. Dahlah dilantik, bukan diundi, mengusir saya kerana saya sebut “kami ada hak..”. Hak apa yang saya maksudkan? Hak memilih Speaker! Tu marah sangat tu. Speaker lantikan PM anggap kami tiada hak.”  – Khalid Samad

Beliau berkata demikian melalui ciapan di akaun twitternya.

Menurutnya,   Standing Order menuntut apabila kerusi Speaker kosong, tempoh 14 hari diberi untuk mana-mana Ahli Parlimen mencadangkan calon pengganti. Selepas tu diundi antara calon-calon untuk tentukan siapa Speaker.

“Prosedur ini tidak diikuti. Bulldoze! Hak kami dinafi! Saya lawan! Diusir!Maka walaupun bukan itu kehendak saya, namun mengikut pepatah Melayu, Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Oleh itu, walau apapun kata mereka, hakikatnya hak kami sebagai Ahli Parlimen telah dinafi dan saya terus nyatakan sehingga diusir keluar dewan.” – Khalid Samad

Dato Azhar Harun mengusir Khalid Samad dari dewan setelah ahli parlimen Amanah itu menjerit-jerit mengganggu ucapan sulung beliau dengan berkata “Kami ada hak” berulang-ulang kali manakala Mat Sabu, ahli parlimen Amanah Kota Raja, pula berkata “Speaker bodoh”. Walau bagaimanapun, tiada tindakan dikenakan terhadap Mat Sabu.

Pada Julai 2018 setelah PH membentuk kerajaan, Ariff dipilih sebagai speaker setelah usul dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir, perdana menteri ketika itu. Tidak sampai 5 minit usul itu dibacakan tanpa pengundian dan perbahasan, Ariff kemudian terus mengangkat sumpah setelah setiausaha dewan berkata tiada nama lain dicadangkan.

Pada ketika itu, pembangkang melakukan protes dengan meninggalkan dewan rakyat secara beramai-ramai, mendakwa tiada notis 14 hari diberikan.  -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version