Richard Malanjum Ketua Hakim Negara yang baru, pernah dilobi Lim Kit Siang 2 tahun lalu.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Richard Malanjum pada malam Rabu mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa serta merta, lapor Bernama.

Richard, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, di sini.

Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew View Keong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tommy Thomas, dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar.

Richard, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md Raus Sharif yang  mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai

Malanjum dilahirkan pada Oktober 1952 di Tuaran, Sabah di mana beliau memulakan persekolahannya di peringkat rendah dan menengah di Kota Kinabalu, Sabah.

Pada 2006, buat pertama kalinya sejak terbentuknya Malaysia, beliau menjadi rakyat Sabah yang pertama diangkat sebagai Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Sebelum ini, jawatan tersebut dipegang masing-masing oleh seorang berbangsa British, seorang dari Semenanjung dan beberapa orang dari Sarawak.

Sejurus selesai upacara angkat sumpah tersebut, Sultan Muhammad V kemudian mengurniakan watikah pelantikan kepada Tan Sri Ahmad Maarop sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan juga watikah kepada Datuk David Wong Dak Wah sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Malanjum.

Md Raus dan Zulkefli meletakkan jawatan mereka selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong pada 8 Jun lalu.

Ini berikutan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin didakwa mendesak Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin supaya meletakkan jawatan masing-masing.

 

Tindakan ini dikecam oleh Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri  Gopal Sri Ram yang berkata Daim tidak sepatutnya menuntut peletakan jawatan Raus dan Zulkefli, sambil menjelaskan ia melanggar perlembagaan bagi sesiapa selain perdana menteri untuk membuat tuntutan berkenaan.

“Walaupun ini mungkin didorong oleh niat yang terbaik, apa yang berlaku adalah sangat salah. Daim bukan perdana menteri dan walaupun perdana menteri telah meminta beliau untuk melakukan apa yang beliau lakukan, beliau sepatutnya menolak dan meninggalkannya kepada peguam negara, perdana menteri dan kabinet untuk mengendalikan perkara ini. Lagipun, kami tidak mahu kembali ke zaman dahulu apabila tiada penghormatan terhadap pemisahan kuasa dan kepatuhan kepada peruntukan perlembagaan,” Sri Ram

TTKM pula mendapati, penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah melobi supaya Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada dua tahun lepas.

Sementara itu, perlantikan Richard Malanjum mendapat kritikan golongan Islamis di media sosial. Mereka memetik beberapa kes yang melibatkan isu murtad dan kalimah Allah yang dikendalikan oleh Richard Malanjum sebelum ini.

Umur persaraan bagi para hakim ialah 66 tahun. Mengikut perlembagaan, seseorang hakim mesti bersara wajib apabila berusia 66 tahun. Ini bermakna, tempoh untuk Richard yang kini berumur 65 untuk berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara hanyalah kurang setahun. -TTKM-

 

 



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version