“Lantik Tun & Azmin dalam Khazanah tak salah!” – Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 31 Julai : Pelantikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd, tidak bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti dilaporkan Astro Awani.

Tambah Wan Azizah lagi, ini kerana pelantikan tersebut dilihat bersesuaian dengan tanggungjawab mereka untuk menarik pelaburan.

“Saya lihat tiada masalah kerana ia merangkumi bidang pengkhususan Khazanah untuk menarik pelaburan” – Wan Azizah

Dah putus, baru nak bincang?

Beliau turut berkata, keputusan pelantikan tersebut akan dibincangkan dengan lebih mendalam di peringkat pimpinan PH.

Backup boss?

Dr Wan Azizah berkata demikian sebagai menjawab  kritikan bahawa perlantikan tersebut dilihat bertentangan dengan manifesto PH.

Dalam manifesto buku Pakatan Harapan, janji 22 telah menggariskan:

“Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan professional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.”

38085987_2230961830467433_5342074958350647296_n.jpg
Janji 22: Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan (GLC) setaraf dengan piawaian antarabangsa

Khazanah Nasional ialah dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia yang diamanahkan untuk menyimpan dan menguruskan aset komersial Kerajaan dan melaksanakan pelaburan strategik untuk negara.

 

Video Buletin TTKM yang dibacakan oleh Mia Jalipah mengkritik perlantikan tersebut turut tular di media sosial apabila dinaikkan pagi tadi. Setakat ini video tersebut mendapat 525 Comments2.7K Shares dan 69K Views. Dalam video tersebut, Mia Jalipah memerli perlantikan Tun sebagai pengerusi Khazanah dengan mengolah skrip ceramah Mat Sabu.

“Bila Perdana menteri, Tun Det mahu projek kereta nasional ketiga, beliau sudah tentu mahu Khazanah melabur kepada projek tersebut, bukan? Maka Tun Det minta kepada Tun Det. Tun Det kata nanti dulu, aku bincang dengan Perdana menteri dulu, Tun Det. Setelah Tun Det, berbincang dengan Tun Det, maka luluslah wang rakyat untuk projek kereta nasional ketiga Tun Det. “ – Mia Jalipah.

Berikut merupakan video tersebut:

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.