Pegawai timbalan menteri KDN ‘kantoi’ rakam bawah skirt ahmoi!

SATU laporan polis dibuat terhadap seorang pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Azis Jamman yang didakwa merakam video bawah skirt seorang staf wanita kedai cermin mata, menurut laporan TMI.

Insiden itu dirakamkan menerusi kamera litar tersembunyi (CCTV) di sebuah kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur dan tertera tarikh 8 September 2018 pada rakaman itu.

Wanita tersebut membuat laporan polis dibuat di balai polis daerah Sentul semalam.

Dalam laporannya, wanita yang berasal dari Negeri Sembilan itu mendakwa suspek datang ke kedainya bersama Azis kira-kira pukul 11 pagi hari yang sama.

Wanita itu kemudiannya membawa Azis dan pembantunya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan mata.

Ketika pemeriksaan sedang dijalankan, suspek mengeluarkan telefonnya dan mula merakam bahagian bawah skirt wanita tersebut dari belakang mangsa.

Perbuatan tidak senonoh tersebut jelas dirakamkan CCTV kedai terbabit yang kini tular di media sosial.

Tambah laporan TMI, Ketua polis daerah Sentul, ACP R Munusamy mengesahkan pihaknya menerima laporan itu tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut.

Cubaan menghubungi suspek setakat ini belum mendapat maklum balas.

Usaha mendapatkan komen Azis juga masih belum berjaya. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version