ADUN Bersatu cadang S’gor jadi pengeluar ganja terbesar di dunia

SHAH ALAM, 20 Mac: ADUN Bersatu Jeram, Mohd Shaid Rosli memohon kerajaan Selangor supaya mempertimbangkan cadangan bagi melaksanakan penanaman ganja.

Malay Mail melaporkan beliau sebagai  berkata negeri itu berpotensi menjadi pengeluar terbesar ganja di seluruh dunia, ketika berbahas di dewan undangan negeri Selangor.

“Izinkan saya memberi contoh. Anda boleh mendapat RM3,000 seekar dalam setahun untuk minyak sawit.

“Tetapi ganja boleh membawa hasil pulangan sehingga RM9 juta setahun … satu ekar dengan tiga kali ganda jumlah hasil akan dikeluarkan setahun.

“Dan sekiranya Selangor dapat mengusahakan lebih daripada 100 ekar, kita akan jadi pengeluar terbesar di negara ini yang turut memberi pulangan lumayan, ”  – Mohd Shaid Rosli


Kenyataan Shaid  itu disambut gelak tawa daripada ADUN yang lain.

Tambah beliau,   penanaman tanaman terbabit untuk tujuan penyelidikan dan eksport perubatan sesuai dibuat di Kuala Selangor yang dirancang sebagai kawasan pertanian.

Malah, kata beliau, Akta Dadah Merbahaya 1952 telah menyatakan bahawa mana-mana jabatan kerajaan boleh membuat penanaman ganja bagi tujuan perubatan.

Walau bagaimanapun, cadangan ADUN Jeram itu ditolak oleh ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad yang berkata cadangan  Mohd Shaid itu akan menyukarkan soal penguatkuasaan dalam isu tersebut.

“Mengikut sejarah, ganja digunakan sebagai ubat tetapi ia telah disalahgunakan, seperti candu dan morfin. Ini adalah ubat berbahaya yang mesti dikawal.

“Dan saya juga seorang doktor yang mana saya tahu masalah mengenai ubat terkawal ini yang memerlukan penguatkuasaan yang sangat baik,” – Dr Idris Ahmad

Mengakui perkara itu, Mohd Shaid berkata lokasi bagi penanaman dan pemprosesan juga dicadangkan dilaksanakan di satu kawasan dan hanya boleh diakses oleh pihak tertentu sahaja.

“Jangan risau mengenai pasaran gelap dan sebagainya kerana kita perlu ketatkan sistem agar tidak berlaku ketirisan serta penagihan di kalangan masyarakat,” – Mohd Shaid Rosli

Gambar kredit SuaraTV



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version