Pegawai Syed Saddiq sifatkan troll sebagai “jembalang kuman hawa lembap”

Kuala Lumpur, 27 April : Pegawai tugas-tugas khas Syed Saddiq, Wan Ahmad Fayshal atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon mengggesa rakyat supaya memahami kebijaksanaan geopolitik Sang Kancil Malaysia dengan menggunakan ilmu dan bukan dakyah yang dibawa oleh kaki troll yang disifatkan beliau sebagai “jembalang kuman hawa lembap”.

“FAHAMI KEBIJAKSANAAN GEOPOLITIK SANG KANCIL MALAYSIA-CHINA DENGAN ILMU BUKAN DAKYAH JEMBALANG (TROLL) KUMAN HAWA LEMBAP”- Wan Ahmad Fayshal.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia, berkata, mereka yang hanya tahu bergelak ketawa dan buta dalam menilai hubungan muamalah Malaysia-China yang dibawa perdana menteri, PM merupakan golongan “juhala’ mua’nidin safihin”.

“Golongan juhala’ mua’nidin safihin hanya tahu bergelak ketawa dan buta dalam menilai kerana mereka bukan saja sesat tapi menyesatkan dengan dakyah post-truth kerana tiada asas, tiada kerangka dan cetek dalam menanggapi gerakan lincah Tun Mahathir dalam memastikan KEPENTINGAN NEGARA diutamakan dalam rundingan OBOR. – Wan Ahmad Fayshal.

Beliau juga menambah, isu tersebut telah ditulisnya sekian lama sejak 2016 sebelum beliau berkelana di King’s College, London.

Wan Ahmad Fayshal di dalam satu forum TV Al-Hijrah.

“Telah kami tulis sekian lama sejak 2016 lagi nun sebelum kami berkelana ke King’s College London untuk meletakkan kerangka yang utuh untuk memahami bagaimana sepatutnya Malaysia bermuamalah dengan China.” Wan Ahmad Fayshal.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di facebook beliau semalam. Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan tidak sampai dua jam selepas ia dinaikkan.

Terdahulu, di bahagian komen facebooknya, terdapat banyak komen mempersendakan beliau dari facebookers seolah-olah mereka adalah ‘jembalang kuman hawa lembab’.

Sementara itu, akaun facebook Wan Ahmad Fayshal sejak malam tadi turut tidak dapat diakses dipercayai telah dinyahaktifkan. – Buletin TTKM-

Berikut kenyataan penuh beliau:

“FAHAMI KEBIJAKSANAAN GEOPOLITIK SANG KANCIL MALAYSIA-CHINA DENGAN ILMU BUKAN DAKYAH JEMBALANG (TROLL) KUMAN HAWA LEMBAP

Bagi yang ahli dalam ilmu geopolitik, mereka menilai dengan akal yang Sihat mengapa dunia mengangkat darjat Malaysia di bawah Tun Mahathir dalam muamalah dengan OBOR China.

Golongan juhala’ mua’nidin safihin hanya tahu bergelak ketawa dan buta dalam menilai kerana mereka bukan saja sesat tapi menyesatkan dengan dakyah post-truth kerana tiada asas, tiada kerangka dan cetek dalam menanggapi gerakan lincah Tun Mahathir dalam memastikan KEPENTINGAN NEGARA diutamakan dalam rundingan OBOR.

Telah kami tulis sekian lama sejak 2016 lagi nun sebelum kami berkelana ke King’s College London untuk meletakkan kerangka yang utuh untuk memahami bagaimana sepatutnya Malaysia bermuamalah dengan China.”

-Wan Ahmad Fayshal.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version