Subang Jaya, 31 Oktober: Pengarah syarikat Ah Cheng Laksa, Goh Chun Hiang semalam membuat laporan polis berhubung mesejΒ tular di media sosial yang mendakwa laksa di premis tersebut mengandungi darah babi.
Dalam laporan tersebut, Chun Hiang berkata beliau sangat terkejut dengan dakwaan yang disifatkannya tidak benar dan melampau.
“Saya betul-betul terkejut apabila membaca viral tersebut yang tidak betul dan melampau sekali. Saya sebagai pengarah syarikat Ah Cheng Laksa berasal dari Alor Setar bukan Pulau Pinang seperti yagn disebut dalam mesej tular itu.” – Chun Hiang
Tambah beliau lagi, kuah laksa yang dibekalkan oleh Central Kitchen kepadaΒ kedai beliau juga telah disijilkan halal oleh JAKIM.
“Central Kitchen kami juga telah disijilkan halal Jakim dan semua kuah laksa yang dijual di semua kedai Ah Cheng Laksa dibekalkan oleh Central Kitchen kami. ” – Chun Hiang
Beliau juga tidak menolak kemungkinan pesaing perniagaannya yang bertanggungjawab menularkan mesej tersebut yang bertujuan untuk memburukkan jenama syarikatnya.
Berikut merupakan kenyataan rasmi Ah Cheng Laksa:
Sejak beberapa hari lalu, mesej tular di whatsapp dan facebook mendakwa Ah Cheng Laksa mengandungi darah babi, tanpa memberi sebarang sumber pada dakwaan itu.

-Buletin TTKM-