Drama Band minta ampun berhubung sindiran di AJL.

Kuala Lumpu, 10 Feb: Vokaliss Drama Band Aepul Roza tampil memohon maaf  susulan persembahan kumpulan tersebut di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 malam tadi  yang mencetus kontroversi dan mendapat kecaman netizen.

Menulis di akaun instagram beliau, Aepul berkata persembahan tersebut merupakan

“jalan cerita kehidupan, yang kadangkala warnanya tidak kita gemar.”

“Maafkan kami atas salah silap kami.
Kepada yang tersinggung, ampunkan kami. Hanya jalan cerita kehidupan, yang kadangkala warnanya tidak kita gemar.” – Aepul Roza

Pada bahagian akhir persembahan lagu Drama yang dibawakan kumpulan tersebut malam tadi, muncul dua watak lelaki dan wanita yang kelihatan seperti badut.

Watak lelaki  berpakaian korporat manakala watak  wanita berbaju kurung berselendang sambil memegang 4 beg tangan berjalan di karpet merah.

Kedua-dua watak itu dipercayai menyerupai Najib dan Rosmah. Mereka dikeremuni beberapa watak badut lain di pentas.

Ketika itu, vokalis kumpulan tersebut menghanggukkan kepalanya beberapa kali ketika menyebut “Can I advise you something”, iaitu ayat yang digunakan Rosmah dalam audio yang didedahkan SPRM bulan lalu, sambil

Ini bukan pertama kali kumpulan tersebut memohon maaf berhubung lagu Drama itu.

Pada Feb tahun lepas, Berita Hatian melaporkan vokalis kumpulan tersebut memohon maaf kepada pihak yang terasa hati dengan jalan cerita dipaparkan dalam muzik video Drama.

Muzik video itu mendapat perhatian bekas juara Dewi Remaja 2018/2019, Haneesya Hanee dan penyanyi, Haqiem Rusli yang mengakui, terkesan dengan babak dipaparkan.

Malah, segelintir netizen mengecam tindakan kumpulan itu yang disifatkan seperti sengaja menangguk di air keruh untuk meraih publisiti murahan dengan menggunakan kontroversi artis lain.

Sementara itu,  netizen masih lagi menyerang kumpulan terbabit di laman facebook mereka.

Pada satu hantaran. terdapat lebih 25 ribu komen rata-ratanya mengkritik gimik kumpulan itu.

drama band

Berikut merupakan beberapa komen netizen:

Shamsher Singh Thind : Adegan ilmu hisap tak ada? PHundek

Raziq Michael Mmg bodohla korang buat persembahan yg motif politik ini..hancur semua! Mmg deserve pun..

Aziz Zainal band memang sepanjang masa suam suam kuku..hidup segan mati takmau…terpaksa tumpang populariti orang lain utk naik semula…tapi dengan cara jijik.
Keep it up..

Lynn Ismail Tu la siapa suruh biadap. Kan dah kalah. Tgk Naim Daniel tu sopan je budaknya.

Mohamad Nazri Abdul Kadir Elok pakai nama #Jendul Band atau Sarkis Band je. 😆

Azmi Arshad Distasteful parody, ugly costume, crap song. You should get Tony Pua and Teo Nie Chieng to join the band.

Mohd Naimul Firdaus Lain kali buat la panjat pagar. Tak pun panjat katil. Rugi besar malam ni bro

Reezal Rawkers Kahkahkah bajet leh menang dgn persendakan org.. Last2 me lingkup hahaha

Pada perkembangan yang sama, Najib Razak pula menaikkan dua posting sindiran berhubung isu ini.

Posting pertama adalah mengenai Skim Latihan 1 Malaysia suatu ketika dulu. Beliau menaikkan gambar kumpulan Drama Band memakai baju SL1M tanpa menyebut nama mereka.

Posting kedua pula adalah beliau memuji melodi lagu promosi Le Tour de Langkawi dimana ia dinyanyikan oleh Drama Band, juga tanpa menyebutkan nama kumpulan itu.

“Musik video dari band yang ditaja oleh duit PETRONAS milik kerajaan untuk Tour De Langkawi tahun 2020 ini di kawasan parlimen PM ke-7 boleh tahan sedap melodinya. 👍” – Najib Razak. 

 

-Buletin TTKM- 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.