“Rayhan Kabir bukan pekerja kami” – Malik Streams Production akan ambil tindakan

Kuala Lumpur, 6 Julai : Syarikat produksi Malik Streams Production & Distribution hari ini menafikan dakwaan Rayhan Kabir bahawa beliau merupakan pekerja syarikat itu.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata Rayhan Kabir hanya pernah memberikan perkhidmatannya sebagai kontraktor sebelum ini, tetapi beliau bukan merupakan pekerjanya. 

“Kami terkejut dengan kenyataan pada akaun facebook Rayhan Kabir yang menyatakan beliau adalah Ketua Pemasaran di syarikat kami dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap beliau untuk perihal misrepresentasi dan memudaratkan nama baik dan reputasi kami” 

Syarikat tersebut juga “secara mutlak menyatakan tidak bersetuju dengan dan menentang kenyataan-kenyataan yang dibuat Rayhan Kabir terhadap negara tersayang kami”.

“Kenyataan-kenyataan Rayhan Kabir adalah kenyataan peribadi beliau yang berat sebelah dan tidak menggambarkan pandangan dan prinsip Malik Streams Production & Distribution Sdn Bhd. 

Kami bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa jika mereka ingin menjalankan penyiasatan terhadap Rayhan Kabir.

Kami ingin menekankan kehormatan dan kebanggaan kami terhadap Malaysia dan kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang pandangan yang negatif atau fitnah terhadap tanah air tercinta kami” 

Terdahulu, Rayhan Kabir yang  ditemubual dalam satu dokumentari 101 East terbitan Al Jazeera yang bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” mendakwa pihak berkuasa membuat perangkap terhadap pendatang tanpa izin ketika   operasi pencegahan wabak covid-19 di ibu kota tempoh hari. 

“Mereka membuat perangkap terhadap kami. Mereka mungkin berikan makanan dan ubat-ubatan. Jadi tiada sesiapa menjangkakan bahawa mereka akan ditahan Mereka bukan pembun0h atau penjenay@h. Mereka cuma tidak mempunyai dokumen.”  – Rayhan Kabir

Dokumentari Al Jazeera itu dikritik pelbagai pihak di Malaysia yang dikatakan berat sebelah, tidak adil dan putar belit kejadian sebenar. -Buletin TTKM- 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.