Najib dijatuhkan 12 tahun penjara, denda RM210 juta.

Gambar oleh Malaysiakini

Kuala Lumpur, 28 Julai: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa.

Bagi sabitan pecah amanah pula, hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menetapkan hukuman ke atas Najib ialah 10 tahun bagi setiap kesalahan.

Bagi kesalahan pengubahan wang haram, ahli parlimen Pekan berkenaan dihukum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan.

Semua hukuman penjara akan berjalan serentak lapor Bernama.

Pihak peguam bela ketika ini sedang memohon untuk hukuman ditangguhkan. – Buletin TTKM –



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version