Kantoi vaping dalam dewan rakyat: “Saya mohon maaf” – H20

Dewan Rakyat, 6 Ogos:  Ahli parlimen UMNO  Sembrong, Dato Seri Hishamudin Tun Hussien Onn memohon maaf berikutan tularnya video beliau terkantoi menghisap v@pe di dewan rakyat.

Menteri luar itu juga mengakui tabiat baharu beliau itu  dilakukan secara tidak sedar dan berkata tidak akan mengulanginya.

“Maaf, saya tidak perasan, ia adalah tabiat baharu. Saya memohon maaf kepada Dewan dan tidak akan mengulanginya” – Dato Seri Hishamudin Tun Hussien Onn

Beliau berkata demikian dalam satu ciapan di akaun twitternya.

Terdahulu, video berdurasi 8 saat beliau terkantoi itu tular di media sosial sejak tengah hari tadi.

 

Pada Oktober 2018, Menteri Kesihatan ketika kerajaan Pakatan Harapan, Dr Dzulkifli mewartakan larangan merok0k di dalam bangunan di kawasan Parlimen.

Berdasarkan peraturan itu, perok0k terpaksa berjalan kira-kira 300 meter ke pintu masuk untuk keluar dari kompleks Parlimen jika mahu merok0k.

Mereka yang melanggar peraturan ini boleh dikenakan kompaun tidak lebih RM500 dan jika gagal dijelaskan boleh dikenakan dend@ tidak lebih RM 10,000 atau penjar@ tidak lebih dua bulan atau kedua-duanya.

Kesalahan ini tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Temb@kau (PPKHT) 2004. -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.