“Ujian Covid-19 buang masa saya!” – Teresa Kok

Oleh : Teresa Kok

Saya tiba di Sandakan pada dua hari yang lepas. Bila saya ingin keluar lapangan terbang Sandakan, saya diminta oleh pegawai kesihatan untuk pergi ke kaunter semakan Covid.

Saya diberitahu bahawa saya perlu menjalani ujian Covid, kerana dalam jawapan borang kesihatan masuk ke Sabah, saya tandakan “ya” dalam soalan samada saya mempunyai simptom Covid. Aiduh! Pembantu saya silap semasa isi borang saya di KLIA.

Lepas itu, YB Vivian Wong, ahli parlimen Sandakan pun bawa saya ke Hospital Besar Sandakan untuk menjalani ujian Covid. Ini adalah ujian Covid yang ketiga yang saya buat dalam tahun ini.

45 minit kemudian, pegawai hospital panggil pembantu YB Vivian Wong bahawa ujian menunjukkan saya bebas daripada Covid. Tentulah!! Ujian yang buang masa saya. 😎


Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.