Apa perbezaan antara kera, monyet dan beruk?

Oleh : Sayuti Azmi

Apa perbezaan antara kera, monyet dan beruk?

Entah, aku pun tak tahu. Kau suka jadi yang mana? Huhu.

1. Semua tahu kera masuk politik untuk mendapat kuasa mentadbir negara. Nak jadi kera-jaan.

2. Ada seekor monyet masuk pejabat. Dia dah bosan jadi monyet, dia nak jadi kera-ni pulak.

3. Malangnya monyet ni tak reti buat filing. Habis koyak kertas jadi kera-tan.

4. Monyet dan beruk sebenarnya kera-bat satu sama lain.

5. Dalam banyak-banyak kera, kera apakah yang bentuknya bulat? Ca-kera!

6. Kera paling banyak sakti juga dikenali sebagai kera-mat.

7. Tahukah ada sejenis spesis kera yang hidup dalam air? Manusia tangkap, siang dan goreng dia. Kera-pu.

8. Kera lari kalau nampak orang. Tapi kalau kalau ada majlis meriah dia datang. Sebab, kera-mai-an.

9. Ada sejenis kera yang boleh terhapus dengan ilmu dan pengetahuan. Kera-guan. Bukan, bukan. Tak berkaitan dengan Menteri Kewayangan.

10. Kera tak boleh bertanding dalam Olimpik, sebab nanti jadi kera-sukan. Meracau-racau.

11. Kera paling besar terdapat di India. Kera-la. Takde, takde. Takde kaitan dengan PM ke 4 atau PM ke 7.

12. Kera yang halus dan boleh hidup di dalam perut sebagai parasit adalah kera-wit.

13. Kera yang paling tak ada diplomasi ialah ke-kera-san.

14. Ada sejenis kera yang wajar kita jadikan contoh amalan. Kera-mahan nama dia.

15. Kera yang perlu kita jadikan sempadan pula ialah kera-kusan.

16. Kalau kita tak jaga kebersihan, makan tak basuh tangan, kita boleh bertukar menjadi kera! Kera-cunan.

17. Antara menu kegemaran monyet ialah nasi kera-bu.

18. Kera yang sentiasa ada alasan dan sebab ialah kera-na.

19. Aku nak buat lawak kera masak guna apa, dan jawapannya periuk kera, tapi terasa sungguh hambar.

20. Selain kera no 14 tadi, kera yang perlu kita ambil sebagai pendamping diri ialah kera-jinan. Bukan sejenis jin.

21. Dah nombor 21 dah. Aku main tulis je pasal kera ni. Idea datang secara tak teratur. Ini adalah kera-wakan.

22. Oklah. Dah takde idea. Dah penat akibat kera jugak. Kera-han otak.

23. Sebagai penutup, ada satu kera terakhir untuk anda. Kera-nda. Ada yang kena SST. Hambar sampai mati.

Sekian.

#doodle #kera #hambargila

FB_IMG_1535549074192.jpg
Grafik oleh Sayuti Azmi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.