Saya serahkan kepada budi bicara YDPA, lebih 120 dokumen MP sokong saya dipersembahkan – Anwar

Kuala Lumpur, 13 Oktober: Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah mempersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan ahli-ahli parlimen yang menyokong beliau.

Sebagaimana saya janjikan pada sidang akhbar 23 September yang lalu, saya telah tunaikan hari ini dengan memempersembahkan kepada YDPA dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan ahli-ahli parlimen menyokong saya.

Oleh itu, beliau yang juga presiden PKR itu memohon semua pihak untuk memberi ruang dan masa kepada YDPA untuk mengesahkan perkara itu mengikut lunas perlembagaan dan budi bicara tuanku dengan memanggil ketua-ketua parti politik.

“Saya pohon semua pihak memberikan ruang dan wewenang kepada YDPA menjalankan tanggungjawab mengikut lunas perlembagaan dan juga budi bicara tuanku utk menelaaah dokumen dan dalam satu dua hari ini memanggil ketua-ketua parti mengesahkan dan juga mendapatkan input dan pandangan sebaiknya

Anwar Ibrahim

Tambah beliau lagi, perkara hari ini bukan soal kemenangan atau kekalahan sesiapa, tetapi untuk memohon supaya dapat menegakkan satu negara yang maju dan adil untuk menangani malapetaka covid-19 dan memacu pertumbuhan ekonomi yang meyakinkan.

Ditanya berapa jumlah sebenar yang menyokong beliau, Anwar berkata ia mencecah lebih dari 120 ahli parlimen dan senarainya akan dikeluarkan kemudian.

“Mencecah lebih 120 tetapi oleh kerana YDPA Agong akan memanggil ketua-ketua parti maka munasabah untuk kita bersabar dan memberi ruang dan wewenang kepada YDPA untuk memutuskan”

Anwar Ibrahim

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.