Warisan tak sokong PN, desak buka parlimen segera untuk usul percaya.

Kuala Lumpur, 4 Ogos: Parti Warisan berpendirian kukuh dengan keputusan parti untuk tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Menerusi satu kenyataan media, presiden parti Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata semua ahli parlimen Warisan tidak berganjak denan pendirian itu dan mendesak dengan tegas agar perdana menteri dan kabinetnya meletakkan jawatan.

Pendirian Warisan, tambah kenyataan itu lagi adalah turut dikongsikan bersama ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, AP Sri Aman; Dato’ Masir Anak Kujat, AP Selangau; Baru Bian, dan AP Tuaran; Palnglima Wilfred Madius Tangau.

“Sebarang berita atau laporan yang disebarkan mendakwa Warisan menyokong PN adalah tidak benar dan berniat jahat”

Mengenai persidangan parlimen, Warisan mendesak suapaya parlimen dibuka dengan segera untuk membuktikan sama ada Mahiaddin mendapat sokongan di dalam dewan tanpa menunggu bulan September.

“Usul percaya tersebut mestilah satu-satunya usul yang didebatkan pada sesi persidangan tanpa dicampurkan dengan isu-isu lain berhubung Rancangna Malaysia ke 12 dan Bajet yang akan dibentangkan pada sesi yang dijadualkan bulan September”

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.