Lukisan dianggar berusia 4000 tahun ditemui di Gua Kanthan, Ipoh

Ipoh : Lukisan pada bumbung gua dianggarkan berusia antara 2500 hingga 4000 tahun ditemui oleh satu persatuan warisan di Gua Kanthan, Chemor.

Menurut laporan Bernama, penasihat Persatuan Jurupandu Pelancong Geopark Warisan Alam Semulajadi Perak (GEONAT), Ching Boon Tat, berkata lukisan itu ditemukan ketika beliau dan dua rakannya menjalankan eksplorasi di kawasan berkenaan, dua minggu lalu.

Ini lukisan gua yang pertama dijumpai di Gua Kanthan. Lukisan itu masih cantik dan tidak terjejas langsung. Mungkin gua ini dahulu menjadi penempatan manusia zaman Neolitik.

Kami menemukan lukisan berne tuk kapal sepanjang kira-kira 150 cm dengan 10 orang berada di atas kapal itu, selain lukisan berbentuk matahari dan haiwan seperti biawak dan ayam.

Boon Tat

Boon Tat berkata pihaknya turut berharap penemuan lukisan itu dapat dikaji dengan lebih terperinci oleh pakar sejarah untuk mendapat maklumat lebih tepat dan mengumpul bukti serta tinggalan arkeologi itu dipelihara dengan baik.

Kami tidak membuat kajian saintifik atau kajian khas, sebaliknya hanya melakukan kajian secara umum dengan ahli persatuan tanpa pembabitan daripada pengkaji sejarah. Lukisan ini perlu diukur dan dikaji dengan lebih terperinci dari segi tarikh dan lain-lain.

Boon Tat
Gambar oleh Bernama

Sementara itu, Ahli Arkeologi Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) ketika dihubungi Bernama berkata kajian saintifik perlu dilakukan bagi mengetahui dengan lebih tepat usia lukisan berkenaan.

Ahli GEONAT, Mohd Zairis Abdul Rani sedang melakukan kajian terhadap lukisan gua. Gambar oleh Bernama

Walau bagaimanapun, katanya secara umum lukisan gua di Asia Tenggara pada zaman Neolitik adalah berwarna merah, manakala lukisan seperti diconteng arang hitam mungkin berusia beratus-ratus tahun.

Setakat ini tiada apa yang kita boleh kenal pasti untuk mengaitkan lukisan itu dengan zaman tertentu. Isu utama ialah tidak ada simbol yang boleh membantu dalam penentuan tarikh lukisan itu.

Kebiasaannya orang zaman our a menggunakan sejenis batu ‘hematite’ yang kebanyakannya digunakan di Gua batu kapur di Malaysia dan mungkin ketika itu mereka mencampurkan darah atau buah-buahan untuk melukis.

Saw Chaw Yeh
Gambar oleh Bernama

Sementara itu, pemerhatian Buletin TTKM di media sosial mendapati warganet tidak begitu teruja dengan penemuan tersebut.

“Gambo rumah tu macam anak aku yang umur lima tahun je lukis” komen Arie Putra di laman facebook Bernama.

Petikan filem Pendekar Bujang Lapok.

“Itu bukan orang pakcik… Itu mambang” komen Mohd Aliph Rosli, kemungkinan memetik skrip filem Tan Sri P Ramlee, Pendekar Bujang Lapok.

“Itu Budak matpet Kampung Chemor yang lukis, si anak Pak Kudin. Diorang Kengkadang gam Dunlop buat sarapan” komen Muhamad Khairil.

-Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.