Mat Sabu dapat naik jet Sukhoi

KUALA LUMPUR: “Jika di US ada Tom Cruise, di Malaysia kita ada Mat Sabuise”.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu semalam berpeluang menjadi penumpang jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sukhoi Su-30.

Dalam catatan di Facebook rasminya,Mat Sabu berkata:

” Penerbangan pesawat pejuang TUDM bersama dengan juruterbang pesawat Sukhoi Su30-MKM (M52-14), Lt Col Jasmi. Satu pengalaman baru hari ini” – Mat Sabu

Peluang duduk di kerusi jet pejuang termahal milik TUDM ini merupakan pengalaman yang tidak terhingga buat Mat Sabu kerana sebelum ini beliau hanya duduk di kerusi memberi ceramah.

Dulu duduk di kerusi ceramah. Gambar dari Facebook.

Mohamad diiringi Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan timbalan Panglima TUDM, Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Turut hadir, komander pangkalan udara itu, Brigadier General Datuk Suhaimi Hussain.

– TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version