Lim Kit Siang bakal speaker Dewan Rakyat?

KUALA LUMPUR, 11 Julai:  Lim Kit Siang, politikus paling veteran dalam dewan rakyat mungkin akan dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baru, lapor FMT memetik “sumber” yang boleh dipercayai .

image (1).jpg
Gambar dari Utusan.

Sumber tersebut mendakwa pentadbiran Dr Mahathir kini sedang menimbang dengan serius cadangan tersebut.

Pengumuman mengenai perkara ini dijangka akan dibuat selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Selain Lim Kit Siang, nama lain yang dicadangkan adalah dari PKR : Johari Abdul dan dari PPBM : Rais Yatim.

Terdapat beberapa tentangan di kalangan parti dalam PH untuk memilih Rais Yatim kerana beliau dikatakan merupakan sebahagian dari “Old Guard”.
Manakala Johari pula bukanlah calon yang digemari kerana tekanan dari seseorang yang berpengaruh yang menimbulkan penglibatan johari dalam BTN, agensi di bawah kerajaan terdahulu yang dikritik kerana melakukan program ‘brain wash’

 

Oleh itu, menurut sumber tersebut, pengalaman 30 tahun Lim Kit Siang dalam dewan rakyat menjadi sebab utama Kit Siang dipilih kerana beliau  dianggap umpama kamus peraturan dewan.

Sementara itu, seorang sumber yang enggan dinyatakan memberitahu TTKM bahawa pemilihan Lim Kit Siang mungkin dilakukan oleh Tun Mahathir supaya sebarang usul tidak percaya dapat digagalkan.

This slideshow requires JavaScript.

(Gambar dari Malaysiakini)

Ketika PRU 13 lepas, sebelum koalisi Pakatan Harapan dibentuk, Mahathir dan Lim Kit Siang merupakan musuh ketat sejak tahun 60an.
Malah, Dr Mahathir berulang kali menggelar Lim Kit Siang sebagai seorang yang rasis.
Lim Kit Siang pula sebelum ini mendakwa Mahathir mengamalkan KKN (Kronisme, Korupsi dan Nepotisme)
Mahathir dan Lim Kit Siang melupakan persengketaan di antara mereka pada PRU 14 demi untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Pengkritik mendakwa untuk “kesalahan dilupakan, dosa dihapuskan lantaran menjadi suci seperti bayi, adalah dengan masuk Pakatan Harapan”-TTKM-

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.