3 agensi serbu pejabat MonSpace

KUALA LUMPUR ,25 Julai: Pegawai penguatkuasa dari 3 agensi; KPDNKK, Bank Negara dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia melakukan serbuan di 16 premis yang dikaitkan dengan syarikat e-dagang Monspace Sdn. Bhd dan anak syarikatnya atas dakwaan menjalankan pelaburan secara haram atau skim “permainan wang”, lapor The Sun Daily.

Sumber mengatakan operasi besar-besaran itu dilakukan di Lembah Kelang bermula pada 11.30 pagi dan berakhir pada 5 petang.

Difahamkan, serbuan tersebut telah merampas  berdozen dokumen, kereta, malah akaun-akaun bank syarikat berkenaan  turut dibekukan.

Antara premis yang diserbu adalah ibu pejabat MonSpace di Bukit Jalil dan kediaman pengarah syarikat tersebut.

Serbuan di pejabat MonSpace Bukit Jalil, gambar dari FB Andy Yong, peguam MonSpace

Kes tersebut disiasat di bawah undang-undang akta Penjualan Langsung dan Anti-Piramid.

Serbuan di pejabat MonSpace Bukit Jalil, gambar dari FB Andy Yong, peguam MonSpace.

Kementerian berkaitan dijangka akan melakukan sidang akhbar hari ini.

Sementara itu, peguam MonSpace, Andy Yong menaikkan hantaran di facebook beliau mendakwa beliau dihalang oleh polis dan pegawai KPDNKK dari bercakap dengan pekerja klien beliau.

Peguam Monspace, Andy Yong mendakwa dikasari penguatkuasa.

 

Menurut Andy Yong, pegawai-pegawai tersebut menuduh beliau menghalang penjawat awam dari melakukan tugas. Beliau juga mendakwa dikasari oleh pegawai apabila beliau enggan memberikan kad pengenalan dan telefon bimbitnya.

“As a lawyer, I was prevented by the police (& KPDNKK officers) to speak to the employees of my client during a raid yesterday. I was also rebuked for taking photos (but subsequently medias allowed to do so). They accused me of obstructing the duties of their 40+ personnels. One of the officer asked for my IC & handphone. When I refused, he shouted & pushed me. He even threatened to hand-cuff me. Behaving like thugs!I could not retrieve the CCTV footage of the commotion as they unplugged the same.Imagine how would they intimidate an ordinary citizen who is vulnerable & ignorant on his rights and the law? High time for some of these enforcement officers to stop behaving like gangster esp PDRM!” – Andy Yong.

 

Dokumen yang dirampas, gambar oleh The Sun Daily.

 

MonSpace telah melakukan perniagaan beberapa tahun berhadapan masalah apabila 19 warga China melakukan laporan polis terhadap syarikat tersebut pada Mei bulan lepas kerana mendakwa kerugian ratusan ribu ringgit wang pelaburan.

2 minggu kemudian, lebih 70 warga China muncul di sini dan membuat dakwan yang sama.

MonSpace telah disenaraihitam dalam senarai  “Bank Negara MonSpace Financial Consumer Alert ”

Senarai tersebut mengandungi syarikat dan laman web yang tidak diberikuasa atau diluluskan di bawah undang-undang relevan dan regulasi yang ditadbirkan oleh Bank Negara Malaysia.

Senarai terkini mengandungi 291 syarikat. -TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version