“Petronas ‘bungkus’ kalau beri 20% royalti ikut pengeluaran!” – Azmin Ali

Parlimen: Menteri Ekonomi, Mohamed Azmin Ali mengingatkan Petronas mungkin terpaksa menghentikan operasinya jika ia menurut desakan supaya 20% royalti dibayar berdasarkan pengeluaran bukan keuntungan, lapor Malaysiakini.

“Posisi kami adalah jika pembayaran 20% dilakukan berdasarkan nilai pengeluaran, maka kita perlu hentikan operasi Petronas. Kita tidak mampu melakukannya kerana ini adalah syarikat minyak negara” – Azmin Ali

Pada satu jawapan bertulis di dewan rakyat kepada Madius Tangau (Upko-Tuaran), Azmin Ali turut menyatakan perkara yang sama.

“Jika Petronas diperlukan untuk menaikkan pembayaran royalti minyak kepada 20% pengeluaran minyak negeri, ia akan memberikan implikasi serius kepada kedudukan kewangan Petronas dan kerajaan pusat” – Azmin Ali

Sementara itu, Mustapha Mohamed turut membangkitkan isu yang sama.

Beliau berkata negeri pengeluar minyak menjangkakan 20% royalti berdasarkan pengeluaran dan bukannya keuntungan.

Cing Cing Hancing

Azmin juga dilaporkan berkata janji Pakatan Harapan terdahahulu memang berdasarkan pengeluaran, tatapi kini (selepas membentuk kerajaan) ia dilakukan pada nilai keuntungan setelah mereka menganalisa struktur kos.

“(20% berdasarkan keuntungan) dibuat setelah kita menganalisa kos struktur. Sama ada ia adalah pada pada 20% dari keuntungan bersih atau nilai pengeluaran, kita akan berbincang dengan kerajaan negeri berkaitan” – Azmin Ali.

Menurut Wee, memang sudah diterima sejak dari dulu bahawa definisi royalti minyak adalah berdasarkan produksi pengeluaran.

“Selepas membuat janji, jangan tukar defenisinya hanya kerana anda mendapati ia sukar untuk dilaksanakan. Anda harus mengakui dan berlaku jujur (bahawa ia tidak dapat dilaksanakan) – Wee Ka Siong.

Cing Cing Hancing lagi.

Terdahulu, Azmin mengatakan 20% royalti berdasarkan keuntungan juga tidak dapat dilaksanakan dengan segera kerana ia memerlukan pemindaan akta Petroleum.

Walaubagaimanapun, kenyataan Azmin Ali itu disangkal oleh  Dr Wan Mohd Zulhafiz Wan Zahari , Pembantu Profesor dan Timbalan penasihat perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Dr Wan Mohd, perdana menteri boleh memutuskan sama ada mahu memberikan pembayaran royalti yang lebih kepada negeri pengeluar minyak kerana undang-undang berkaitan membenarkan beliau melakukannya.

Undang-undang tersebut juga tidak secara spesifik menyatakan kuantum pembayaran yang perlu dibayar kepada negeri di mana minyak dan gas dikeluarkan.

Di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), PM boleh melakukan regulasi untuk tujuan memastikan keberkesanan provisi akta tersebut, dimana ia mentadbir aktiviti downstream Minyak dan Gas termasuk pembayaran tunai kepada negeri berkaitan.

” />akta.JPG
Akta Pembangunan Petroleum 1974

“Sememangnya (kuasa) ada untuk PM membuat  keputusan (mengenai royalti minyak), kerana di bawah PDA, PM mempunyai kuasa untuk membuat regulasi-ia adalah dibawah pertimbangan beliau.”– Dr Wan Mohd Zulhafiz Wan Zahari

Sebelum ini, TTKM melaporkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengesahkan 20% royalti yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan kepada negeri pengeluar minyak akan bergantung kepada keuntungan, dan bukan pengeluaran,

“(20 % royalti minyak) akan bergantung kepada keuntungan yang diperoleh Petronas di kawasan (negeri) terbabit. Apa yang kita peroleh di Terengganu, tidak akan dibayar kepada Sarawak atau Sabah” – Tun Dr Mahathir.

Kenyataan Tun Dr Mahathir itu adalah bertentangan dengan “Janji 3” dan “Janji 41” manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihanraya ke 14 lepas.

“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan negeri-negeri berkenaan mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan pembangunan di peringkat negeri.” – Janji no 3, ms 21, Buku Manifesto Pakatan Harapan.

“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan Sabah dan Sarawak mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan
pembangunan.” – Janji no 41, ms 114, Buku Manifesto Pakatan Harapan.

Manifesto tersebut dengan jelas berjanji akan memberikan negeri pengeluar minyak 20% royalti, di mana pengkritik mengatakan ia adalah berdasarkan kepada pengeluaran minyak dan gas yang diperoleh dari negeri, bukan keuntungan setelah menolak perbelanjaan.

Pada 19 Julai lalu, Tun Dr Mahathir ketika berbahas di dewan rakyat berkata Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menunaikan janji untuk memberi royalti minyak 20 % kepada Kelantan termasuk negeri pengeluar minyak yang lain.

(Tonton dari minit 8:50 ke atas)

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.