“Jika pekerja perempuan dinafikan hak bertudung, pekerja lelaki juga patut dihalang solat jumaat?” – Surat Pembaca

Oleh Nurul  Asyikin

Perempuan bekerja ni terdapat banyak kekangan. Tudung cuma salah satu sahaja.

Lihat perempuan yang sudah berkahwin, sukar bagi mereka berhenti kerja meskipun  majikan macam gampang di tempat kerja beliau.

Kamu nak tahu kenapa?

Sebab kebarangkalian majikan lain mahu ambil wanita sudah berkahwin sebagai pekerja adalah rendah. Walaupun ada juga majikan yang menerimanya.

Mereka akan memberikan beberapa alasan;

Bila sudah berkahwin, kelak akan hamil, kemudian cuti bersalin, anak sakit pula, cuti lagi dan sebagainya.

Ini juga membuka satu ruang diskriminasi yang baru. Majikan lebih rela menaikkan pangkat pekerja lelaki yang kurang perform daripada menaikkan pangkat pekerja wanita yang sudah berkahwin tetapi perform lebih bagus.

Ini adalah kerana mereka tidak mahu membayar lebih untuk manfaat cuti bersalin dan pekerja ganti masa untuk cuti bersalin.

Nampak?

Soal tudung itu cuma salah satu sahaja cabaran yang dihadapi wanita.

Tak kisah pun kalau LELAKI MELAYU MUSLIM tak faham ataupun tak nampak perkara ini.

Walaubagaimanapun, rasa lucu pula apabila ada PEREMPUAN yang tidak faham situasi sebenar.

Pekerja perempuan ini, kebanyakan persamaannya, mereka cuma mahukan satu perkara.

Mereka mahu dilayan sebagai ‘pekerja’. Bukan sebagai ‘wanita di tempat kerja’.

Mereka tidak mahu majikan beranggapan dengan tudung atau tanpa tudung, sama ada berkahwin atau bujang, dengan hamil atau tidak, dengan mempunyai anak atau tiada; wanita-wanita ini boleh dibuli, ditindas dan didiskriminasikan di tempat kerja.

TIDAK MAHU!

Pekerja wanita perlu diberi layanan samarata, sama adil sepertimana pekerja lelaki.

Jika pekerja lelaki ada hak solat jumaat, pekerja wanita juga patut diberikan hak untuk memakai tudung! Jika pekerja wanita dinafikan hak pakai tudung, maka boleh minta tolong larang lelaki dari tunaikan solat jumaat juga?

Biarlah kita sama-sama kena ditindas dan sama-sama meroyan. Tidak adil hanya perempuan sahaja yang sakit mengandung  dan bersalin, lahirkan pula anak lelaki yang menghalalkan diskriminasi ke atas pekerja wanita?

Maka, bolehkah dijadikan ia sama-sama adil dengan sama-sama menanggung penindasan yang kami terima?

Kami tidak boleh pakai tudung, kamu pun tak boleh solat Jumaat? Simple!


b87133a4-7d83-48e6-a095-c9df8b2a91f6
“Kami tidak boleh pakai tudung, kamu pun tak boleh solat Jumaat? ” – Nurul Asyikin

(Artikel ini adalah pandangan peribadi Nurul Asyikin. Beliau menulis di blog AmenoWorld.org . Artikel ini tidak semestinya mewakili pendirian TTKM- Editor TTKM)

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.