SuaraAnda: “Tun, kami tidak mahu kereta ke3 kerana…”

Kuala Lumpur, 5 Ogos: Berikut TTKM kompilasikan  luahan hati netizen dari 283 Comments yang tidak mahu kerajaan meneruskan projek kereta nasional ke 3. Semua komen-komen ini adalah pandangan mereka sendiri dan tidak semestinya  pandangan tersebut adalah fakta. Ia juga tidak mewakili pendirian TTKM. Atas dasar kebebasan bersuara, TTKM tidak menyunting komen mereka:

Fahmy Fadzil Kami tak mahu kereta nasional ketiga kerana tiada kajian spesifik secara terperinci dan holistik yg dijalankan, tiada dalam manifesto mahupun dalam agenda reform, bertentangan dengan agenda menteri pengangkutan anthony loke yang menyarankan rakyat untuk menggunakan pengangkutan awam, kerajaan tidak memikirkan kehendak rakyat tapi hanya kehendak individu tertentu sahaja, industri dan ekonomi terbantut dan hanya tertumpu pada industri yang sama seperti 20-30 tahun yg lepas, akan menanggung kerugian yang banyak untuk membeli, melatih pekerja dan mengguna pakai teknologi robotik kerana malaysia ketinggalan masa yang terlalu lama dalam industri robotik yang mana dipakai dalam industri automotif di seluruh dunia, malaysia adalah negara pengguna teknologi bukan negara pengeluar teknologi, kos pengeluaran sebuah kereta akan meningkat. Banyak lagi alasan lain yang lebih teknikal dan non teknikal.

Mohamad Husni Kami tak mahu kereta nasional ketiga kerana ia tiada dalam manifesto pru. Sila tunaikan janji2 manifesto tu dulu baru nak sibuk pasal Kereta nasional. Dulu tulis manifesto pakai air kencing ke ?

Hasrul Halid Kami tidak mahu kereta nasional ketiga kerana… walaupun ianya nanti berbumbung, kami tetap akan dikencing kiri kanan atas bawah. Kami khuatir yang kami akan kelemasan didalam kereta kerana limpahan air kencing.

Sabri Ahmad Dulu masa proton wujud naikkan cukai kete import untuk galakkan org beli kete nasional tapi harga pun mahal n sampai skang kete nasional takat tu je kualiti.. rakyat malaysia tak berhak ke nak rasa kete import dgn harga murah setaraf indon n thai.. sana vios buat teksi je woi

Ziah Aziz kami mahu relax duduk menyandar Naik pengangkutan awam yg selesa….org tua2 dh xmampu nak drive…org muda xcukup duit nak beli kereta…ramai xde kerja n kena buang kerja

Wan “Kami tidak mahu kereta nasional ketiga kerana tidak melebihi 15 patah perkataan.. Cakap negara berhutang 1 trilliun, apanama negara nk bangkrap tp still nk buat jugak kereta. Nk tnya jugak, tu projek kereta terbang ke duit terbang.. Hmmm

Mohammad Naim Wahab nak capai negara maju bukan ditentukn oleh rakyat yang bersesak-sesak di jalan raya dengan mengadap jem. Cukup lah dengan kemajuan pengangkutan awam moden seperti lrt, mrt & monorel. Kalau kereta banyak nanti subsidi minyak kerajaan akan meningkat disaat katanya banyak hutang berbilion2. Lagi satu kata nak hapuskan tol takyah lah kereta banyak, cukup2 lah kaya kan kroni 🤭

Mohd Safrizal Kami tidak mahu kereta nasional ketiga kerana atas beberapa alasan
1) Kesesakan di jalan raya akan berlaku dgn lebih teruk
2) Pembaziran duit rakyat dalam projek pembinaan lebuhraya tol, expressway dan pelebaran jalan raya kerana atas sebab penyuraian trafik
3) Zaman telah berubah. Untuk menjadi negara maju, kami sebagai rakyat ingin melihat kerajaan lebih memfokuskan kepada peningkatan penggunaan, kecekapan, pembangunan, facilities, kecapaian dan integrasi bagi pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian di bandar, luar bandar dan pendalaman.
4) Pembebasan gas karbon lebih banyak. Kesan rumah hijau.
5) Kami tidak dapat lagi merasa kenderaan import dan CKD pada harga lebih murah kerana kerajaan akan protect kereta tempatan dengan mengenakan duti eksais dan duti import yg tinggi pada kereta import/CKD
Sekiranya kerajaan tetap ingin mewujudkan PROTunM (Kereta nasional ke3) kerajaan boleh fokuskan pada
1) Kereta elektrik, hybrid dan plug in hybrid sahaja
2) Kereta terbang
3) Keretapi (supercapasitor, hydrogen) – untuk kegunaan dalam negara disamping eksport keluar seperti PT INKA (PT INDUSTRI KERETA API), Indonesia

Nik Muhammad Firdaus Nama je kereta nasional..tp jual kt rakyat sndiri bapak mahal..jual kt negara lain murah plak..apa yg kami mahu hapus kan cukai keta import..nk jgk pkai keta luar mcm anak menteri..

Muhammad Izat “Kami tidak mahu kereta nasional ketiga kerana ianya bukannya dijual dengan harga yang murah lebih baik kos serta peruntukan disalurkan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam di negara ini setanding dengan negara2 maju di Asia contohnya Jepun & Korea

Alexander Cray Orange … kerana rakyat dari zaman Pak Lah sampai Jib dah stabil, kerja kerani mampu beli kereta KIA, Toyota..Zaman Mahathir kereta Honda, Toyota bakal naik, rakyat dipaksa beli kereta nasional yg tak berkualiti, yg bakal dibailout pakai duit rakyat masa nak bangkrap, yg kemek macam tin sardin kalo motosikal langgar, macam proton zaman Madey dulu.Silakan lancar keta Nasional ketiga. Aku tetap boikot.

Mahoma Invierno Kami tidak mahu kereta nasional ketiga kerana jumlah kereta yg terdapat di atas muka bumi Malaysia dah lebih dari kuota kereta satu family. Dan kesesakan lalu lintas dah mcm pandang mahsyar pun ada perlu dikurangkan dgn kewujudan keratapi2 seperti MRT3 dan HSR

Norakmar A Latiff Kerana tax kereta import akan dinaikkan… harga kereta import akan naik…. kerana x nak bail out yg menelan belanja berbilion2…. kerana kita sudah ada proton dan perodua…. kerana kita mahu malaysia yg maju yg kurang kereta dijalanraya dan kerajaan meningkatkan kemudahan pengangkutan awam…

Castiliano Askoba Jr. Kami tidak mahu kereta nasional ketiga kerana yg kami mahukan adalah industri jentera automotif n mesin untuk kegunaan industri pertanian,penternakkan dll. Sampai bila rakyat perlu dibebankan dengan kos jentera yg tinggi?…jika negara maju lain boleh keluarkan kubota, ekskavator ,lori,pick up dll, mengapa negara ni x boleh nak buat?…mesin potong rumput pun kena import… Bodoh ke hapa…

Rohaizam Reza Kami tidak mahu kereta Nasional ke 3 kerana kami sudah terbiasa dengan besi buruk kami yg selesa meluncur laju dari utara ke selatan dari kota2 ke desa2 tanpa sebarang bayaran tol.
Bukan sahaja save minyak akan tetapi subsidi minyak yg di berikan kerajaan kpd kami sehingga rm1.50 seliter membuatkan kami berasa sungguh terharu.
Bercukurlah barang pun dah murah rm50 penuh troli. Getah sawit pun dah mahal, eokonomi bertambah kukuh. Kuasa beli rakyat dah meningkat.
Ini semua berlaku selepas kerajaan Hak tuihh ambil alih tampuk pemerintahan.
Jadi di mana rasionalnya kereta Nasional ke 3 ni diwujudkan sekiranya kami mempunyai 2 option samaada menggunakan minyak murah yg di beri subsidi oleh kerajaan ataupun kencing masuk dlm tank. Pilihan kedua ini agak populis kerana ianya tidak payah keluar modal.
Eloklah kiranya cadangan ini dikaji semula dan ambil kira pandangan rakyat jelata yg selesa di bawah naungan PM 4 yg juga merangkap pengerusi khazanah. Kami rindu zaman Tun tahu tak. Kau apa tahu ?

Shahrol Nizam keluar lah kereta generasi ke 3 dan ke 4 pun xpe..kitorg dah senang nak beli kete ape²..senang jgk nak ke mane² sbb x perlu bayar tol lg dgn minyak petrol yg murah nti mmg jauh lg la destinasi kami..urm x sabar nye #sekalimimpidaa

CT Hch Sebab kami dah ada byk kereta sampai takde tempat nak parking, jiran tetangga bermasam muka sbb berebut parking tepi jalan. Jiran jiran kami pun dah ada lebih daripada dua kereta untuk satu rumah. Untuk makluman tun Kereta kami semuanya bukan kereta nasional..

Rohaidzat Ridzwan Kami taknak
1)selepas tgk produk negara luar yg lg baik yg mana no point utk tambah competitor dlm market kereta.
2)nowday jln jem.
3)pengangkutan awam lebih baik. Rakyat penat kerja hari2 nak drive hadap jem lg, kadar stress n accident akan meningkat.
Eventhough bapak pembangunan, ada benda yg boleh di tentang and xperlu diikuti. Xsemua dia betul

Razali Noor Tanah nk bina kilang kereta dh xda…..klau nk buat juga suruh kroni p labur kt negara lain buatlah kereta apa pun.klau buat dlm negara pun hasil bukan dpat bnyak pun…silap2 kerajaan kena bailout kt kroni buat kreta x untung negara luaq x mau beli.kami rakyat x kisah bab kereta ni selagi kreta yg ada ni boleh bergerak kami guna laa..nk beli baru x mampu laa..

Aniz Dyra Anak beranak tun pun tak pakai kereta nasional kenapa tun nak buat juga. Toll pun tak boleh nak hapus ada hati nak buat kereta nasional lg. Kami cuma pandang lelaki yg bawa kereta h saja..

Yusof Ibrahim kami tak mahu kereta nasional ke 3 kerana ia cuma menguntungkan syarikat kroni yang terlibat sebagai suplier.harga pn x masuk akal dgn kualiti.

-TTKM-


Anda suka laporan Buletin TTKM? Sokong portal kami ini untuk terus melaporkan tanpa “fear or favor”dengan membuat sumbangan ke akaun: You like our Buletin TTKM report? Support this portal to continue reporting without fear or favor by donating to the account details below: Bank : CIMB Bank | No akaun : 8603355994 | Nama Syarikat : TTKM ENTERPRISE

 

 

 

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.