Debat: Budak sekolah Seri Puteri sekolahkan Syed Saddiq. Ini terjemahan transkrip.

PETALING JAYA: Debat diantara Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq dengan pelajar tingkatan empat Sekolah Seri Puteri, Hasya Atiyah menjadi tular.

Kepetahan Hansya berdebat dalam bahasa Inggeris bukan sahaja dipuji netizen, malah isi debat beliau juga lebih bernas berbanding Syed Saddiq berhubung tajuk “Had umur mengundi 18 tahun”.

Berikut merupakan transkrip terjemahan ucapan Hasya tersebut:

“Alangkah baiknya jika benar rakyat Malaysia peka politik seperti yg kita mahukan.

Saya juga berharap adalah benar bahawa generasi muda benar2 memahami kesan akibat polisi2 nasional. Tapi anda perlu faham, ada perkara pada usia 21thn yg anda tidak akan lalui pada usia 18thn.

Contohnya, mampu menguruskan kewangan sendiri, juga bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan, membeli petrol dengan wang sendiri, dan membeli barangan keperluan dapur sendiri.

Saya rasa, apabila kita dapat memahami sendiri kesan polisi2 kerajaan, barulah pengalaman kita boleh digunakan untuk membidas naratif pengaruh luar yg diperolehi dari kawan2 atau keluarga, dan media sosial.
Jika diperhatikan apa yg berlaku di pihak mereka (kerajaan) politik menjadi lebih kepada parti mana yg lebih popular vs parti mana yg benar2 memenuhi keperluan masyarakat secara keseluruhan.

Oleh kerana generasi muda meliputi sebahagian besar peratusan pengundi, ini bermakna mereka akan melakukan apa saja untuk memastikan keperluan kumpulan sosial mereka ditunaikan, sekaligus menyebabkan kumpulan umur/sosial lain diabaikan.

Ia menjadi satu trend eksploitasi dalam beberapa keadaan, yang mungkin disebabkan parti politik terdesak untuk mendapatkan undi. Kami rasa budaya ini tak patut dibiarkan. Dan kita perlu faham bahawa remaja lebih cenderung untuk mempercayai naratif (cerita) palsu di media sosial. Maka, pengalaman ialah faktor yg penting agar mereka membuat keputusan yg rasional di kotak undi.

Terutamanya apabila mengetahui di kawasan terpencil, tiada rakan2 yg membincangkan topik politik secara berterusan. Persekitaran di sana berbeza. Oleh itu, tidak semua bandar di Malaysia seperti KL. Beberapa kawasan tidak terdedah kepada isu yg dibincangkan dalam dunia politik. Orang2 inilah yg dibenarkan mengundi.

Saya rasa demokrasi bukan saja bermakna semua orang boleh mengundi, tetapi juga menyedari situasi mereka mengundi dan boleh membuat keputusan rasional sebelum mengundi.

Saya juga setuju bahawa generasi muda perlukan suara, tetapi sudah ada platform untuk mereka menyuarakan pendapat. Kerajaan lebih responsif terhadap remaja. Jadi, media sosial adalah platform untuk mereka, itu sudah mencukupi.

Kami rasa Malaysia belum bersedia. Jadi kepada semua golongan muda, percayalah, kita perlukan masa untuk bersedia. Kita boleh mengundi di masa hadapan.

– Hasya Atiyah

Video https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10217578680367722&id=1499194213

-TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version