Langkah PD: “Jangan undi Anwar, biar pembangkang menang!”- Siti Kasim

Peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mengajak pengundi di Parlimen Port Dickson memberi pengajaran kepada PKR dan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) itu kelak dengan mengundi pembangkang.

Menulis di akaun Instagram beliau, Siti Kasim turut mengkritik Langkah Port Dickson tersebut dengan mengatakan tiga pilihanraya kecil telah dilakukan kerana untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

“Jangan undi Anwar. Biar pembangkang menang. PKR dan keluarga Anwar mesti diberi pengajaran. Mereka lakukan perkara ini sebanyak tiga kali. Tidak boleh lagi! Mereka fikir mereka boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahu atas tanggungan kita? Tidak!” Siti Kasim.

siti.PNG
Tangkap layar instagram Siti Kasim.

Untuk rekod, Siti Kasim merupakan penyokong kuat Tun Dr Mahathir dan juga rakan karib anak beliau, Marina Mahathir.

PRK Port Dickson merupakan pilihanraya kecil ketiga yang dilakukan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Pada 2008, Wan Azizah meletak jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk Anwar kembali bertanding.

Pada 2014, Adun PKR,  Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai adun Kajang untuk memberi laluan kepada Anwar sekali lagi  dalam satu operasi yang dinamakan sebagai Kajang Move untuk menobatkan Anwar sebagai menteri besar Selangor. Tetapi langkah kajang tersebut menjadi langkah kejung apabila Anwar didapati bersalah dalam kes Liwat 2.

Sebelum  PRU14, Wan Azizah mengakui bahawa sebahagian dari rancangan beliau adalah supaya beliau menjadi pemanas kerusi untuk suaminya dalam satu bual bicara program Al Jazeera.

Walau bagaimanapun, setelah PH menang PRU 14 dan Wan Azizah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau melakukan pusingan U dan tidak mengosongkan kerusi parlimen Pandan tersebut sebaliknya kerusi Port Dickson pula menjadi mangsa.

Jika Anwar menang pada pilihanraya kecil kelak, Malaysia akan mencatat satu lagi sejarah apabila suami, isteri dan anak (Anwar, Azizah, Nurul Izzah) menjadi ahli parlimen pada waktu yang sama.

Serangan Kartel

Pada perkembangan yang lain, kem Azmin Ali dalam PKR yang digelar sebagai ‘kartel’ tidak bersetuju dengan langkah PD ini dan mula melakukan serangan secara terang-terangan.

YB Zuraida Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Mak Lampir semalam mengeluarkan kenyataan mengatakan perkara tersebut tidak dilakukan mengikut saluran yang betul dalam parti PKR. Beliau turut mendesak Dato Seri Anwar Ibrahim supaya menyatakan pendirian beliau mengenai perkara ini.

9e8e3054-46d7-4245-94f7-7816bb7adf4c.jpg

Parti keluarga

Di media sosial, Langkah Port Dickson ditroll oleh netizen sebagai parti anak beranak.

Abdul Rasyid Happy family now in parlimen.. rekod baru tiga anak beranak. Nape xcukupkn 5 jer boleh Naik kete sekali… 😄😄😄 Patutnya PH Tukar jadi PK, parti Keluarga.

Azlina Su Mesti dlm parlimen anak sasul panggil papa mama
Bapak sasul panggil zah. 
Mama sasul paggil bang nong
Siakap keli kluwa link…”ahli parlimen sasul panggil nama manja,so sweet”
Harey sungguh

Muhamad Azhar Elok la tu.
1- keluarga Tun Mahathir
2- keluarga Lim Kit Sial
3- Keluarga Anwar Ibrahim.
Org lain semua dapat taik je.

Amin Ashaari dulu ingt lagi kate kate dia
“politik anak beranak”  sekarang???  hahhahahahahhahahaa . dunia berputar & putaran tu terputar terkene diri sendiri.. umpama meludah kahak hijau ke langit, kelepek kahak terkene muke sendiri
#KemarukNakJadiPM

Nizam Zubir Lepas ni baru la boleh kata, malaysia ni MAK BAPAK aku punya

-TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.