4 kes bunuh, Najib kotakan janji: Pembantu buat laporan polis terhadap Najib.

Sri Hartamas, 12 OKT: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mengotakan janjinya  apabila  pembantu peribadi beliau membuat laporan polis terhadap Najib.

Buletin TTKM melihat laporan polis yang dibuat pembantu Najib selaku pengadu   dibuat sebentar tadi pada jam 8.16 malam di balai polis Sri Hartamas. .

Berikut kami siarkan  kenyataan penuh pengadu:

“Semasa saya berada di…, telah terbaca artikal yang ditulis oleh YB  Lim Kit Siang yang disiarkan di portal Malaysiakini pada 8 Oktober 2018 yang bertajuk “If I am PM, I will reopen investigation: Kit Siang To Najib.

Di dalam artikel ini, YB Lim Kit Siang mahu siasatan semula dijalankan untuk kes-kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed yang pernah dikaitkan Pakatan Harapan terhadap majikan saya Datuk Seri Najib Razak.

Memandangkan kes-kes ini pernah disiasat secara mendalam dan lengkap dan telah pun melalui proses kehakiman, saya sarankan pihak polis memanggil YB Lim Kit Siang untuk memberi maklumat dan keterangan tambahan ke atas kes-kes (pembunuhan) tersebut. 

Jikalau YB Lim Kit Siang benar-benar jujur dan berpegang teguh kepada perundangan dan benar ada memiliki maklumat-maklumat tambahan seperti yang dibayangkan olehnya, yang kononnya boleh membantu keadilan, saya syorkan YB Lim Kit Siang harus berani muatkan dakwaan beliau dan perturunkan segala maklumat tambahan dalam satu Surat Akuan supaya dapat diterima oleh pihak Polis dengan pandangan lebih serius terhadap dakwaan-dakwaannya. 

Berdasarkan maklumat tambahan yang diberikan oleh beliau, saya mahu pihak polis untuk membuka semula siasatan ke atas kes-kes ini. Jika hasil siasatan ini menunjukkan majikan saya tidak terlibat maka saya mohon polis membersihkan nama Dato’ Seri Najib Razak.

Tetapi jika dakwaan-dakwaan YB Lim Kit Siang tidak berasas dan merupakan satu pembohongan politik, saya juga menuntut pihak polis mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau terhadap laungan beliau yang tidak bertanggungjawab itu. 

-Pembantu Peribadi Najib Razak. 

-TTKM-

Portal Buletin TTKM diwujudkan selepas PRU14 untuk memberikan laporan yang lebih adil, bebas dan kritikal. Bantu kami untuk terus beroperasi dengan dengan membuat sumbangan ikhlas ke akaun berikut:

No akaun : 8603355994 (Bank : CIMB Bank)

atau melalui Billplz di sini

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.